BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga maut Myvi bertembung treler

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201
Tiga maut Myvi bertembung treler..
FB_IMG_1656575955234.jpg

Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler dalam kejadian di Serendah, Selangor awal pagi tadi.

HULU SELANGOR: Tiga individu maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan treler di depan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut membabitkan kesemua penumpang kereta termasuk pemandu dan dikenal pasti sebagai B Janani Sri, 25, PS Thamilselvam, 25, dan PS Sasitaran, 18.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 4.30 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan treler yang dipercayai berlanggar secara berhadapan.

"Perodua Myvi dalam perjalanan dari Rawang ke Serendah, manakala treler dari arah bertentangan. Punca kemalangan masih dalam siasatan polis," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa tersepit dan pasukan perubatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu treler berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya.

@bh.com.my
 
Back
Top
Log in Register