balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Anggota bomba mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit dalam pacuan empat roda di lokasi kejadian dekat Jalan Bintulu - Miri semalam.
MIRI – Tiga lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa muatan baja sawit dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Ford Ranger di Kilometer 77 Jalan Miri-Bintulu di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, penumpang hadapan, Bolhassan Bujang, 32, penumpang belakang dan pemandu 4WD yang kedua-duanya belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian manakala pemandu lori, seorang lelaki berusia 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila kenderaan 4WD dinaiki tiga mangsa itu keluar secara melulu dari simpang berhampiran Ladang Sawit Imbok di sini.
Katanya, sebuah lori membawa muatan penuh baja sawit yang datang dari arah Bintulu ke Miri merempuh kenderaan 4WD tersebut dan diheret sejauh 24 meter sebelum merempuh sebuah rumah kosong di bahagian kanan jalan.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm