BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Keluarga Miskin Tegar Di Labuan Terima Bantuan Rumah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80

Tiga Keluarga Miskin Tegar Di Labuan Terima Bantuan Rumah​

891acb5ccd8ca1f4007fe91f206f56cf6aac93fb9c974

b462219aa77d55943794ceffc383ab376aac93f3b6d93


Tiga individu daripada golongan miskin tegar di sini menerima rumah baharu bernilai RM110,000 setiap satu menerusi program bantuan perumahan kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Rafa’al Gady, 37, dan Salinah Jamal, 36, kedua-duanya dari Kampung Lubok Temiang, serta Masri Salim, 53, dari Kampung Batu Manikar menerima kunci rumah masing-masing daripada Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, Isnin lepas.

Suhaili berkata penerima telah memohon bantuan melalui pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Labuan, yang kemudian menjalankan pemeriksaan dan saringan sebelum mengesahkan kelayakan mereka.

“Hasil pemeriksaan dan saringan, kami mendapati mereka layak menerima bantuan tersebut dan permohonan mereka telah diluluskan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sebelum ini ketiga-tiga penerima tidak memiliki rumah sendiri dan tinggal secara menyewa, malah seorang daripada mereka telah bertahun mendiami rumah usang yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Suhaili berkata setiap rumah mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan, sekali gus membolehkan penerima berpindah ke kediaman yang lebih selamat dan selesa dengan segera.

“Kita akan terus berusaha mengenal pasti individu dan keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan perumahan dan memastikan hanya kes yang layak dikemukakan untuk pertimbangan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register