kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,808
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,808
- Reaction score
- 98
- Points
- 80
Tiga Keluarga Miskin Tegar Di Labuan Terima Bantuan Rumah
Tiga individu daripada golongan miskin tegar di sini menerima rumah baharu bernilai RM110,000 setiap satu menerusi program bantuan perumahan kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Rafa’al Gady, 37, dan Salinah Jamal, 36, kedua-duanya dari Kampung Lubok Temiang, serta Masri Salim, 53, dari Kampung Batu Manikar menerima kunci rumah masing-masing daripada Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, Isnin lepas.
Suhaili berkata penerima telah memohon bantuan melalui pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Labuan, yang kemudian menjalankan pemeriksaan dan saringan sebelum mengesahkan kelayakan mereka.
“Hasil pemeriksaan dan saringan, kami mendapati mereka layak menerima bantuan tersebut dan permohonan mereka telah diluluskan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata sebelum ini ketiga-tiga penerima tidak memiliki rumah sendiri dan tinggal secara menyewa, malah seorang daripada mereka telah bertahun mendiami rumah usang yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
Suhaili berkata setiap rumah mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan, sekali gus membolehkan penerima berpindah ke kediaman yang lebih selamat dan selesa dengan segera.
“Kita akan terus berusaha mengenal pasti individu dan keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan perumahan dan memastikan hanya kes yang layak dikemukakan untuk pertimbangan," katanya.