BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga cedera diserang penyamun

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
ROMPIN - Seorang lelaki parah selepas ditetak lima penyamun bersenjatakan parang yang menceroboh masuk rumahnya di Felda Keratong, Muadzam Shah di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun cedera di tangan, badan dan jari terkena tetakan setelah bergelut dengan penjenayah dipercayai warga asing.

Ketua Polis Daerah Superintendan Johari Yahaya berkata, ibu mangsa, 57 dan adik perempuannya, 23 yang turut berada dalam rumah ketika itu bagaimanapun tidak dicederakan.


Menurutnya, sebelum kejadian itu, tiga beranak terbabit sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran lima perompak terbabit.
“Mangsa panik apabila melihat lima lelaki tidak dikenali berada di dalam rumahnya lalu bertindak melawan dan bergelut dengan suspek.

“Mangsa juga mendakwa sempat memukul salah seorang suspek dengan besi pasu bunga sebelum dia ditetak di tangan kanan, jari kiri, belakang badan dan bahagian tepi pinggangnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Johari berkata, selepas mencederakan mangsa, suspek bertindak menggeledah rumah dan melarikan beberapa barangan berharga.

”Mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, dua lelaki berusia dalam lingkungan 30an cedera akibat dipukul selepas bergelut dengan empat lelaki yang tidak dikenali di rumah mereka di Felda Chanis Keratong, di sini awal pagi, semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa sedang tidur sebelum terkejut dengan kehadiran empat lelaki bersenjatakan kayu di dalam rumah mereka.

Johari berkata, jumlah kerugian bagi kedua-dua kes berkenaan masih dalam siasatan.

”Polis kini giat memburu penyamun terbabit dan siasatan masih dilakukan sama ada kedua-dua kejadian tersebut didalangi kumpulan yang sama atau sebaliknya,' katanya.
 
Back
Top
Log in Register