BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga cedera amukan putus cinta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Bapa kepada dua anak cedera diserang lima lelaki di Kampung Rapat, semalam.
< 1 / 2 >
IPOH – Berang cinta putus di tengah jalan, tiga beranak menjadi mangsa diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Maju Rapat di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, kumpulan terbabit menaiki kereta jenis Mercedes Benz telah memecah rumah mangsa dan menyerang mereka di ruang tamu dengan sasaran utama iaitu wanita berusia 20 tahun.

Sumber memberitahu, salah seorang suspek berusia 20-an dipercayai bekas teman lelaki wanita terbabit dikatakan membawa rakan-rakannya untuk menyerang di rumah keluarga mangsa.

“Namun, bapa wanita terbabit berusia 47 tahun berada dalam rumah berkenaan cuba mempertahankan dua anaknya termasuk adik wanita terbabit berusia 17 tahun menyebabkan ketiga-tiga mereka parah,” katanya.

Tambah sumber, wanita terbabit hampir putus kaki kanan selain mempunyai kesan tetakan panjang di paha kanan serta tangan dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Bapa mangsa mengalami luka di bahagian belakang badan manakala remaja lelaki berkenaan cedera tangan kiri kerana menghalang serangan terhadap bapanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan seorang suspek berjaya ditahan serta direman untuk siasatan lanjut.

“Kumpulan suspek bersenjatakan parang menendang pintu hadapan rumah mangsa sehingga pecah.

"Hasil pemeriksaan lanjut tiada barangan dilarikan dan mendapati salah seorang suspek berkemungkinan bekas teman lelaki mangsa.

“Polis masih menyiasat motif kejadian itu dan siasatan lanjut,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/tiga-cedera-amukan-putus-cinta-1.365865
 
gila laki ni.. elok la cinta kena tolak.. mental
 
malang siapa dapat lelaki ini jadi laki. mau mamp.su kena penumbuk penerajang tiap2 hari nnti
 
aku rase mcm melayu je..td rmai yg komen botol kicap bila bace tajok..
 
takan melayu pulak. india biasa kalau main aprang datang naik motor je.
 
#; DIMANA ADA KALINGG...DISITU PASTI ADA MASALAH / JENAYAH....APALAGI REPEAT LAA....SEDARA SEISLAM KO KENA TETAK2 TUE....INI MALAYSIA KALINGGG PEGANG TAU....JAP LG ADA LAA YG BACKUP KALINGGG TUE TAK CAYA TGK...:)cgrock
 
kaliang ni semakin biadap......
 
Back
Top
Log in Register