BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga beradik cedera ditetak

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
hiasan_parang_1569324360.jpg













TIGA beradik cedera di tangan dan kaki selepas ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kuala Temekah, Kuala Ketil, Baling, hari ini.

Dalam kejadian 1.40 pagi itu, ketiga-tiga mangsa berusia 20-an diserang ketika sedang tidur di rumah mereka di kampung terbabit.

Rumah mangsa diceroboh selepas suspek dipercayai lebih 10 lelaki itu memecahkan cermin tingkap rumah sebelum menetak mangsa.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, setakat ini, polis masih memburu suspek dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai bermotifkan dendam.

“Kami masih siasat faktor dendam berkenaan dan tiada barang berharga hilang ketika kejadian.

“Ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang memiliki maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/500202/tiga-beradik-cedera-ditetak
 
Back
Top
Log in Register