BTC USD 27,532.1 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Tidur berlapik kanvas di kebun kelapa sawit

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,128
Points
661
Awards
1

Oleh Hassan Omar- Mac 30, 2022 @ 4:32pm

[email protected]
93
‘Mengubah angin’ dengan berkhemah di kebun kelapa sawit, tidur berlapik kanvas. - Foto/Hassan Omar


‘Mengubah angin’ dengan berkhemah di kebun kelapa sawit, tidur berlapik kanvas. - Foto/Hassan Omar






SUDAH puas menginap di hotel bercuti bersama keluarga, kini ada anggota komuniti yang 'mengubah angin' dengan berkhemah di kebun kelapa sawit.

Mereka sanggup meninggalkan tilam empuk di hotel semata-mata untuk merasai pengalaman tidur di atas tanah dengan hanya beralaskan kanvas dalam khemah yang dikelilingi kebun kelapa sawit dan hutan.

Jika sebelum ini, mereka menikmati kedinginan penyaman udara dalam bilik hotel, kini menikmati kedinginan semula jadi di kaki gunung dalam khemah yang dikongsi dengan anggota keluarga.

Keseronokan anak kecil mandi dalam kolam renang bertukar kepada kegembiraan menikmati kedinginan air dari gunung yang disalurkan ke kolam buatan.

Kesunyian malam di hotel dipecahkan dengan suara peti televisyen, kini dihiasi pula dengan suara unggas dan burung jampuk bertenggek di pelepah kelapa sawit.

Bercuti di kebun kelapa sawit

Amat berbeza! Penghuni khemah berpeluang bermain air di anak sungai dalam kebun sawit yang hulunya dari gunung.

Jika menginap di hotel, penghuni mampu menikmati keenakan masakan cef, tetapi di khemah dalam kebun sawit, mereka menikmati masakan isteri atau masakan sendiri, seperti ayam, daging kambing atau lembu dan ikan panggang.

Itulah pengalaman amat menarik boleh dinikmati orang ramai yang memilih untuk bercuti sambil berkhemah dalam kebun sawit.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan aktiviti perkhemahan dalam hutan, peluang berkhemah dalam kebun sawit tidak menjadi masalah, tetapi bagi yang baharu ingin berjinak-jinak dengan aktiviti seumpama itu, ia amat mencabar kesabaran kerana terpaksa tidur tanpa tilam empuk, makan terpaksa masak sendiri, mandi di anak sungai dan seumpamanya.

Bagi Suhaimee Samian, 39, percutian sebelum ini menginap di hotel sambil melawat destinasi menarik.

"Ini kali pertama kami berkhemah di kebun sawit selepas mendengar keseronokan aktiviti itu daripada beberapa rakan yang pernah bermalam di sini.

"Jika menginap di hotel sebelum ini semua kemudahan disediakan, di sini kami harus memasak sendiri dan tidur dengan hanya berlapik kanvas," katanya ketika ditemui di El-Dhuha Campsite di kaki Gunung Pulai 2, Kampung Seri Gunung Pulai 2, Kulai, Johor.

Tidur berlapikkan kanvas

Tidur di atas kanvas mendidik dirinya dan anggota keluarga supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat kehidupan kurniaan Allah.

Memasak masakan sendiri turut mendidik mereka agar sentiasa menghargai nikmat rezeki pemberian Tuhan.

Kem berkenaan disediakan pemilik kebun, Huzair Bahrin, 40, di kawasan seluas 2.2 hektar yang dijadikan tapak perkhemahan dengan kadar bayaran tertentu.

Turut disediakan khemah pelbagai saiz dan dapur memanggang ayam serta daging untuk disewa pengunjung.

Bagaimanapun, pengunjung dikehendaki membawa air minuman sendiri, selain dapur nasi, pinggan mangkuk dan seumpamanya.

"Kadar sewa khemah berdasarkan saiz tetapi bagi satu tapak perkhemahan, harganya tetap sama dan begitu juga dengan 'all-terrain vehicle' (ATV) yang berdasarkan kapasiti enjin kenderaan," katanya.

Hargai alam semula jadi

Keseronokan berkhemah di kebun kelapa sawit yang dikongsi dengan ramai pengunjung itu jelas menggembirakan pasangan suami isteri Mohd al-Fariq Anuar, 34, dan Norlin Abdul Rahman, 33, dari Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Selepas berkhemah di kawasan itu buat kali pertama pada November lalu, mereka hadir bersama dua anak berusia lima dan enam tahun buat kali kedua baru-baru ini.

Mohd al-Fariq dan anggota keluarganya amat seronok mandi kolam yang airnya berpunca dari Gunung Pulai 2, selain anak sungai yang mengalir perlahan berhampiran khemah.

"Berkhemah dalam kebun sawit mendidik anak saya supaya menghargai alam semula jadi, terutama air terjun dari Gunung Pulai 2 dan kehijauan hutan," katanya
 
Last edited:
Top
Log in Register