BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidur berbantalkan ular sawa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Zawiriah (tiga, kiri) bersama anak lelakinya melihat anggota JPAM Pasir Mas membawa ular sawa sepanjang 1.1 meter keluar dari rumahnya
PASIR MAS - Seorang suri rumah terkejut apabila melihat anak lelakinya tidur berbantalkan seekor ular sawa sepanjang 1.1 meter di Kampung Tok Uban, Chetok, di sini kelmarin.

Zawiriah Deraman, 47, berkata, kejadian jam 7 pagi itu disedarinya ketika mahu mengambil beg bateri lampu yang disorok di bawah bantal milik anaknya, Zul Fadli Arsyad, 7.

“Saya cuba kejutkan anak untuk mengambil beg di bawah bantalnya. Apabila saya mengangkat bantal kelihatan benda hitam berlingkar dan berkilat ada di bawahnya.

“Saya terus menyuruh anak bangun melarikan diri apabila menyedari itu adalah ular sawa,” katanya.

Menurutnya, disebabkan terlalu takut dia meminta bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Mas untuk menangkap haiwan berbisa itu.

Katanya, pihak JPAM hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membawa keluar ular sawa itu dari rumahnya.

Dia berkata, operasi menyelamat yang dilakukan JPAM Pasir Mas itu diketuai Noorashikin Haron, 28.

“Ini merupakan kejadian pertama berlaku selama saya tinggal di rumah ini

“Mungkin disebabkan cuaca hujan beberapa hari ini dan kebetulan kedudukan rumah berhampiran semak menyebabkan ular sawa tersebut memasuki rumah saya,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tidur-berbantalkan-ular-sawa-1.408303
 
memang betu-betul bernasib baik.

tahniah pada jpam
 
Menurutnya, disebabkan terlalu takut dia meminta bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Mas untuk menangkap haiwan berbisa itu.

tak bisa la... tapi takot kene belit..
 
gelinya..nasib baik bukan jenis ular berbisa.
 
anak ular sawa kalo gigit lagi gatal dari yg dewasa,sibbaik la dia xgigit,
 
lawa awek jpam pasir mas nih..nak gi cari ular etek la, pahtu tel ko jpam buleh jumpa awek ni
 
Back
Top
Log in Register