BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak salah kerajaan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



KUALA LUMPUR 16 April – Penglibatan kerajaan dalam aktiviti perniagaan bukanlah menjadi satu kesalahan terutama sekali penglibatannya dalam industri-industri yang sangat penting kepada negara.

Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah, Datuk Charon Mokhzani berkata, tanggapan bahawa kerajaan tidak boleh terlibat dalam aktiviti perniagaan merupakan pendekatan atau amalan yang sering dilaungkan oleh negara-negara Barat sahaja.

Namun katanya, penglibatan kerajaan dalam perniagaan terbukti berjaya di negara-negara Asia seperti Korea Selatan dan Jepun.

“Kita ini lebih sesuai dengan gaya Korea Selatan dan Jepun. Malah, penglibatan kerajaan adalah penting terutamanya di dalam industri-industri yang memerlukan pelaburan modal yang besar,” katanya semasa menjadi tetamu utama forum Korporat Muda Malaysia di sini malam semalam.

Kerajaan Malaysia juga antara beberapa kerajaan di peringkat Asia Pasifik yang mempunyai penglibatan secara tidak langsung dalam aktiviti perniagaan tempatan melalui syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) pada Jun 2014, modal pasaran 17 syarikat GLC atau G20 meningkat tiga kali ganda kepada RM425 bilion pada 16 Mei 2014 daripada RM140 bilion pada 14 Mei 2004.

Antara senarai syarikat G20 ialah Affin Holdings Bhd., Axiata Group Bhd., BIMB Holdings Bhd., Boustead Holdings Bhd., CIMB Group Bhd., Chemical Company of Malaysia Bhd., Malayan Banking Bhd., Malaysian Airline System Bhd., Malaysia Airports Holdings Bhd., Malaysian Building Society Bhd., Malaysian Resources Corporation Bhd., Sime Darby Bhd., Telekom Malaysia Bhd., Tenaga Nasional Bhd., TH Plantations Bhd., UEM Group Bhd. dan UMW Holdings Bhd.

Di dalam forum itu juga, Charon menjelaskan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah lebih baik daripada subsidi memandangkan ia menumpukan kepada golongan sasar.

“Jika kita mahu membantu rakyat, lebih baik memberi bantuan secara terus (tunai) kepada mereka daripada subsidi kerana subsidi turut dinikmati oleh mereka yang tidak sepatutnya.

“Mungkin akan berlakunya situasi penerima BR1M ini akan berbelanja membeli benda-benda lain, tetapi siapa tahu pembelian telefon pintar membolehkan mereka mendapat keperluan mengakses Internet,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register