BTC USD 82,886.6 Gold USD 4,125.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak layak menang!

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Prandelli meletakkan beberapa kesalahan ke atas pemainnya termasuk cuaca panas yang mengganggu rentak permainan.

​

BIARPUN layak ke separuh akhir Piala Konfederasi, pengendali Itali, Cesare Prandelli ternyata tidak gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak buahnya.

Prandelli menjelaskan pasukan Azzurri tidak layak menang ke atas Jepun, 4-3, berbanding menang ke atas Mexico, 2-1, dalam perlawanan pembukaan kumpulan A.

“Kami layak menang ketika menentang Mexico tetapi tidak ketika bertemu Jepun.

“Dalam 25 minit pertama, kami tidak faham apa yang berlaku. Ada ketika kami dilihat seperti tidak bermain dan kami dalam bahaya,” katanya.

Prandelli juga meletakkan beberapa kesalahan ke atas pemainnya termasuk cuaca panas yang mengganggu rentak permainan.

Selepas ini Itali akan bertemu tuan rumah Brazil, dalam perlawanan terakhir kumpulan A bagi menentukan juara kumpulan.
 
biasa la italy..lawan dgn team lemah main pun kelaut...
tgk lwn brazil nanti..hope menang la..
 
tapi game lawan jepun tu
jepun mmg main bagus pun
kena tiang palang bagai..
sayang btul..
 
Bila malaysia nk jd cam jepun...dah star sikit sibuk nk g clubbing cbuk pasal awek...hmmm malaysia2
 
aku sokong italy dr kecik, mmg jantung berdebar2 lar lwn jepun ari tu..
kalau kalah dgn team lain takpe, ni jepun..
nsb baek mng..
 
Ni br coach yg btul..mng pun still dia x puas ati...yg kita ni plak,dh la jarang menang...pastu kalah,blh lak puas ati...huhuu...
 
Back
Top
Log in Register