BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemegang Kad UNHCR Tidak Layak Miliki Lesen Memandu - JPJ Kelantan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Pemegang Kad UNHCR Tidak Layak Miliki Lesen Memandu - JPJ Kelantan​

9c59998e1bd1c6d3b1bffa9f34ff8d5569be47c08d9cc

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menegaskan etnik Rohingya tidak layak memiliki lesen memandu negara ini kerana status mereka sebagai pelarian, kata Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah.

Beliau berkata kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dimiliki golongan berkenaan bukan dokumen pengenalan diri rasmi yang melayakkan untuk memohon lesen memandu.

Katanya, bagaimanapun sepanjang operasi penguatkuasaan, pihaknya tidak pernah mengesan warga Rohingya memiliki lesen memandu yang sah.

Sebaliknya Mohd Misuari berkata modus operandi yang sering digunakan golongan ini apabila ditahan dalam sekatan jalan raya adalah dengan mengemukakan kad UNHCR untuk meraih simpati bagi melepaskan diri.

Beliau turut menepis dakwaan mengenai kewujudan sindiket yang membantu warga asing ini mendapatkan lesen memandu secara sah.

"Hasil risikan mendapati tiada sebarang dokumen atau sindiket sedemikian dikesan di Kelantan setakat ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bagi mengekang isu ini daripada terus berleluasa, JPJ Kelantan kini mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan di beberapa lokasi tumpuan sekitar Kota Bharu, Ketereh, Melor, Pasir Tumboh dan Tanah Merah.

Katanya, sebanyak 576 kenderaan dipandu warga asing diperiksa setakat bulan ini dengan 457 daripadanya disita dan 908 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JPJ Kelantan turut memberi amaran keras kepada warga tempatan yang bertindak menyewakan atau membenarkan kenderaan mereka digunakan oleh warga Rohingya tanpa lesen,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register