BTC USD 61,173.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak Ada Bidadari Dalam Syurga???

real_rolls

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2006
Messages
6,726
Reaction score
266
Points
81
Wujudkah Bidadari Dalam Syurga?

SELAMA ini kita diberitahu oleh tokoh-tokoh agama dan membaca dalam buku-buku agama bahawa bidadari itu adalah satu makhluk yang diciptakan oleh Allah di dalam syurga untuk orang lelaki. Bidadari ini digambar demikian rupa tentang kecantikannya, kulitnya, matanya, betisnya dan seluruh fizikalnya memang tidak ada bandingannya makhluk di dunia ini. Sehingga ada ustaz yang menyebutkan sekiranya seorang bidadari itu berludah di atas muka bumi ini, maka akan terang benderanglah dunia ini akibat air ludah bidadari tersebut.

Tetapi masalahnya wujudkah bidadari sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama itu? Apa nashnya, dan apa dalilnya? Seorang tokoh agama kita, Datuk Hassan Din Al-Hafiz yang diwaktu kebelakangan ini selalu menimbulkan isu-isu seolah-olah seperti perkara “Baru” dalam agama apabila beliau menyampaikan ceramah-ceramahnya sama ada menerusi TV ataupun kuliah-kuliah agama. Selain dari menimbulkan bahawa “Sirath”(jambatan) yang merentangi neraka di akhirat kelak sebagaimana yang kita diberitahu, Datuk Hassan Din berpendapat “Sirath” itu hanya sebagai “simbolik” saja. Ia tidak wujud. Tidak ada nash yang menunjukan sebagai dalil bahawa ada “jambatan menyeberangi neraka jahanam” untuk manusia menyeberangi untuk pergi ke syurga.

Kemudian dalam ceramahnya yang sama di Madrasah Al-Huda Taman Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini beliau telah menimbulkan juga isu “Bidadari”. Kelihatan para jemaah yang menghadiri ceramah itu tercengang-cengang apabila Datuk Hassan Din memberitahu tidak ada bidadari di syurga, tetapi yang ada hanyalah “Malaikat”. Para malaikat ini bukan lelaki dan bukan perempuan yang bertugas sebagai “khadam” kepada penghuni-penghuni syurga. Beliau telah menghuraikan perkataan “Nurul Ain” yang disebut didalam Quran bukan bidadari. “Barang kali ada pihak yang tersalah mentafsirkan ayat Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. berhubung perkara ini,” kata Datuk Hassan Din. Itulah tadi saya sebutkan bahawa diwaktu kebelakangan ini beliau banyak menimbulkan hal-hal yang berkaitan dengan cerita agama yang seolah-olah macam “menongkah arus”.

Pada hakikatnya, bukanlah menongkah arus, tetapi itulah kedudukan cerita yang benar dari “Al-Quran dan Sunnah Rasulullah”. Hasil dari apa yang diceramahkan oleh Datuk Hassan Din ini berhubung dengan “Sirath”(jambatan) dan juga “bidadari”, saya cuba meninjaukan pandangan dan pendapat daripada pelajar lulusan dari Madinah, Makkah, Jordan, Syria dan beberapa buah negara Islam lainnya sama berpendapat dengan apa yang dilontarkan oleh Datuk Hassan Din Al-Hafiz ini. Kata mereka: “Memang tidak ada nash yang bleh dijadikan sebagai hujah atau dalil dalam kedua-dua masalah ini. “Barang kali ada tersilap dalam mentafsirkan ayat-ayat Quran dan juga hadis-hadis Nabi s.a.w.”

Sebahagian dari kita, kata mereka, kadang-kadang mengambil bahan-bahan itu dari kitab-kitab dimana perawi-perawi hadisnya tidak diiktiraf oleh para ulama muhadithin dan ulama “mufassirin”. “Kadang-kadang sanad hadis itu terputus jalurnya”, kata setengah dari pelajar tersebut. Kalau isu-isu ini ditimbulkan oleh para ilmuan Islam lainnya seperti Dr. Asri, bekas Mufti Perlis, misalnya, sudah tentulah ramai yang menyanggahnya, dan akana mendakwanya sebagai golongan itu dan golongan ini. Sebagai berfahaman itu dan ini, dan tidak mengikut “Ahlus Sunnah Waljamaah”. Pada saat-saat Datuk Hassan Din Al-Hafiz, memberikan pendapat atau pun pandangannya seolah-olah macam “menongkah arus” itu tak ada satu orang pun bersuara untuk menyanggah hujahnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...
http://saudagarseposen.blogspot.com/2010/12/wujudkah-bidadari-dalam-syurga.html
 
Sponsored Post

tokebalak

Active+ Member
Joined
Feb 12, 2009
Messages
3,636
Reaction score
37
Points
30

tapi dalam quran pown ada cerita pasal bidadari nie.. aku dah kupa ayat apa.. dalam thread cg ni pown ada x clap...:-?
 
BlueDream

Legendary Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
12,909
Reaction score
59
Points
120
tapi dalam quran pown ada cerita pasal bidadari nie.. aku dah kupa ayat apa.. dalam thread cg ni pown ada x clap...:-?

cuba cek ini...

Sura 56 - Al-Waqia : Verse 22
Sura 55 - Ar-Rahman : Verse 58
Sura 55 - Ar-Rahman : Verse 72
Sura 55 - Ar-Rahman : Verse 74
Sura 37 - As-Saaffat : Verse 48
Sura 38 - Sad : Verse 52
Sura 44 - Ad-Dukhan : Verse 54
Sura 52 - At-Tur : Verse 20
Sura 55 - Ar-Rahman : Verse 56
 
zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
pulak dah ... pening pulak aku ... ~X(
 
Pulau Tenggol

Active Member
Joined
Sep 22, 2010
Messages
2,258
Reaction score
11
Points
25
betapa lamanya aku hidup di dunia ni... tetiba ada orang berkata perkara2 yg tidak pernah terlintas difikiran aku #:-S

perkara nie bukan tuk berfikir bro..kene belajar baru faham...:))
kalau nak fikir boleh jadi bingung ooo..hehe
 
snipers

Active Member
Joined
Oct 25, 2007
Messages
1,474
Reaction score
15
Points
25
Aku was was pada yg tulis artikal ni. Siapakah orng nyer yg menulis sedemikian rupa?. Ada agenda tersendiri kah menulis sebergitu?.
 
gadgetmall

Super Active Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
7,064
Reaction score
32
Points
70
xkan la bidadari tu kiasan sahaja..
malaikat wujud..
xsilap aku pon..
jika bini kite masok syurga,nnti die jadi bidadari utk kite..
tu aku xtaw la kesahihannya..
ade terdngr ceramah xsilap aku
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register