combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,562
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 23,562
- Reaction score
- 322
- Points
- 141
fb Tourism Melaka
Kerajaan negeri mempertingkatkan langkah pengawasan terhadap penularan penyakit tuberkulosis atau tibi sebagai langkah berjaga-jaga walaupun setakat ini tiada aduan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mahupun pemain industri pelancongan.
Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Nasrul Ahmad berkata setakat ini tiada keperluan untuk tindakan drastik kerana penularan penyakit itu tidak memberikan kesan langsung kepada industri pelancongan negeri.
“Setakat hari ini, kita tidak menerima sebarang maklum balas atau aduan daripada pihak hotel, pengusaha restoran dan agensi pelancongan berkaitan penurunan jumlah pelancong akibat isu ini.
“Jabatan Kesihatan Negeri juga tidak memaklumkan sebarang situasi yang membimbangkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Gema Ramadan bersama Pesara Polis dan Tentera di Ujong Pasir, di sini hari ini.
Majlis dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Nasrul berkata demikian bagi mengulas kebimbangan berhubung kemungkinan penularan penyakit tibi menjejaskan sektor pelancongan Melaka yang giat membuat persiapan bagi beberapa acara utama sempena sambutan Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Katanya kerajaan negeri memandang serius isu kesihatan awam dan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keadaan terkawal.
“Walaupun belum ada kesan langsung terhadap pelancongan, kita tetap mengambil pendekatan berhati-hati.
“Jika kesihatan awam tidak dipantau dengan baik, ia berpotensi memberikan implikasi kepada industri pada masa hadapan,” katanya sambil menambah bahawa pendekatan yang diambil adalah dari segi kawalan jangkitan, pemantauan kes dan memastikan tiada penularan dalam komuniti.