يا من يعلم أن بعد الدنيا آخرة وأن بعد الحياة موتا تب من الآن ولا تؤجل التوبة إلى الغد.
Wahai orang yang tahu bahawa selepas dunia ini ada akhirat dan selepas hidup ini ada mati , bertaubatlah sekarang dan jangan tangguhkan taubatmu itu ke esok hari.
KALAM HIKMAH
Orang yang berdosa lalu bertaubat, kemudian berdosa lagi lalu bertaubat lagi, tidak dinamakan munafiq.
Rahmat Allah sentiasa terbuka untuk hamba yang kembali kepada-Nya.
Sabda Nabi ﷺ:
“Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tidak berdosa.” (HR. Ibnu Majah)
✦ Selagi nyawa di badan, pintu taubat belum tertutup.
Antara tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang ialah antaranya apabila sikap dan akhlaknya berubah, jiwanya menjadi dekat dan kasih dengan masjid, akhlak dan bahasanya baik, dia merasa seronok untuk melakukan ibadat serta dia tetap berterusan memohon keampunan kepada Allah SWT.
Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa bertaubat dan diterima taubatnya di sisi Allah SWT. Amin