BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada saman sehingga April

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Pemilik kenderaan diminta memeriksa kadar ketelusan cahaya (VLT) kenderaan masing-masing sebelum Mei 2015 di mana-mana cawangan JPJ seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, pemilik kenderaan tidak akan dikenakan saman sekiranya mereka menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan mereka sehingga 30 April 2015.

“Kita mengalu-alukan orang ramai untuk membuat pemeriksaan di pejabat-pejabat kita di mana tiada saman dikeluarkan sehingga tempoh sehingga hujung April nanti.

“Kita sudah mula secara dalaman selain buat pemeriksaan mengejut, kita juga galak anggota kita bawa kenderaan di unit berkenaan untuk buat pemeriksaan VLT,” katanya pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Setia dan Majlis Persaraan & Pertukaran Kakitangan JPJ Negeri Terengganu, di sini.

Abdul Rahman berkata, disebabkan kadar baharu VLT baru sahaja diluluskan dan penguatkuasaannya pada 1 November ini, satu tempoh munasabah diberikan kepada orang ramai bagi mengambil tindakan pembetulan khususnya bagi pemilik kenderaan import untuk mendapatkan gantian cermin mengikut kadar baharu VLT.

Katanya, kadar baharu VLT ditetapkan ialah 70 peratus bagi cermin hadapan, 50 peratus bagi cermin sisi hadapan, 30 peratus bagi cermin sisi belakang dan cermin belakang.

“Tempoh yang diberikan sehingga 30 April 2015, selepas tempoh itu bermula 1 Mei 2015, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap penggunaan cermin gelap yang tidak mematuhi VLT yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

“Anggota JPJ juga edar risalah berkaitan peraturan nombor pendaftaran kenderaan, larangan penggunaan Strobe Light, larangan penggunaan lampu HID dan kadar VLT baharu yang berkuat kuasa 1 November ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, sebanyak tujuh unit Toyota Fortuner dengan imej baharu bagi kenderaan rasmi jabatan itu telah diserahkan kepada unit operasi, pejabat cawangan dan stesen penguat kuasa negeri Terengganu bagi fasa pertama, semalam.

“Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem pengesan yang boleh kesan pergerakan kenderaan lain selain aksesori asas kenderaan iaitu perhubungan radio dan sistem GPS," katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tiada-saman-sehingga-april-1.329196
 
so skang boleh pakai yg gelap.then bukak balik april nnti? hehe
 
Back
Top
Log in Register