BTC USD 60,144.3 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Swift - Polis Jerman

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,171
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,171
Reaction score
977
Points
121

Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Swift - Polis Jerman​

BERNAMA-DPA - Ogos 9, 2024 @ 3:01pm


Adele. - Foto AGENSI
Adele. - Foto AGENSI

MUNICH: Polis Jerman pada Khamis menyatakan bahawa mereka tidak melihat sebarang risiko yang meningkat terhadap siri konsert Adele yang sedang berlangsung di Munich, sehari selepas persembahan rakan superstar, Taylor Swift, dibatalkan di Vienna kerana ancaman serangan pengganas.

"Tentu saja, ini adalah sebahagian daripada penilaian kami terhadap situasi. Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas," kata jurucakap ibu pejabat polis di bandar Bavaria itu.

Beliau menekankan bahawa polis tidak mengetahui sebarang risiko terhadap persembahan Adele, yang diadakan di sebuah stadium pop-up yang dibina khusus dengan 73,000 tempat duduk.

"Kami mempunyai pasukan polis yang cukup di tempat kejadian," tambah jurucakap berkenaan. Namun, beliau menyatakan ini adalah disebabkan oleh "situasi politik global," yang menyebabkan lebih banyak langkah berjaga-jaga di acara besar "untuk beberapa waktu."


Penyanyi pop Britain yang terkenal dengan lagu seperti "Rolling in the Deep" dan "Someone Like You" memulakan residensi 10 konsertnya di Munich pada 2 Ogos.
Beliau mengadakan dua persembahan setakat ini dan persembahan seterusnya dijadualkan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Di Vienna, pihak berkuasa menyatakan seorang suspek berusia 19 tahun merancang untuk membunuh seberapa banyak peminat Swift yang mungkin menggunakan bom buatan sendiri dan pisau.

Ini menyebabkan pembatalan ketiga-tiga persembahan beliau minggu ini di ibu kota Austria itu.
Suspek utama ditahan dan mengaku kepada komplot yang digagalkan, kata pegawai keselamatan pada Khamis. Seorang remaja berusia 17 tahun juga ditangkap.

 
Sponsored Post

Penyokong IS rancang serangan pada konsert Taylor Swift di Vienna​

Ogos 9, 2024 @ 4:10am


Canselor Austria, Karl Nehammer, pada pada sidang akhbar di Vienna, Austria berhubung pembatalan konsert Taylor Swift. - Foto REUTERS
Canselor Austria, Karl Nehammer, pada pada sidang akhbar di Vienna, Austria berhubung pembatalan konsert Taylor Swift. - Foto REUTERS


VIENNA: Seorang penyokong kumpulan IS berusia 19 tahun disyaki merancang serangan pengebom berani mati di konsert Taylor Swift di sini, kata agensi perisikan Austria.

Pihak berkuasa Austria menahan dua suspek pada Rabu kerana didakwa merancang untuk menyerang satu daripada tiga konsert menampilkan bintang Amerika Syarikat (AS) itu di Vienna, yang bermula semalam.

Semua konsert terbabit dibatalkan pada saat akhir dan mengecewakan kumpulan peminatnya dikenali sebagai 'Swifties', yang sudah pun berada di ibu negara Austria itu.

Menurut Ketua Agensi Perisikan Domestik (DSN), Omar Haijawi-Pirchner, pada sidang akhbar, suspek utama berusia 19 tahun itu mengaku berniat untuk melakukan serangan menggunakan bahan letupan dan pisau.

Matlamatnya adalah untuk membunuh diri dan menyebabkan kematian sebilangan besar orang ramai semasa konsert itu, sama ada hari ini atau esok," katanya.


Konsert terbabit akan berlangsung selama tiga, sejak semalam hingga Sabtu.

Haijawi-Pirchner berkata, suspek kedua, seorang warga Austria berusia 17 tahun, bekerja di sebuah syarikat pengurusan kemudahan yang akan menyediakan perkhidmatan di Stadium Ernst Happel di mana Swift akan membuat persembahan.

Peminat penyanyi Taylor Swift berkumpul berikutan pembatalan tiga konsert Taylor Swift di stadium Happel selepas kerajaan mengesahkan serangan yang dirancang IS di lokasi itu, di Vienna, Austria. - Foto REUTERS
Peminat penyanyi Taylor Swift berkumpul berikutan pembatalan tiga konsert Taylor Swift di stadium Happel selepas kerajaan mengesahkan serangan yang dirancang IS di lokasi itu, di Vienna, Austria. - Foto REUTERS

Tambahnya, setakat ini, suspek paling muda masih enggan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Suspek itu berada di kawasan stadium ketika ditahan.

Canselor Austria, Karl Nehammer berkata, terdapat rancangan konkrit dan terperinci untuk melakukan serangan berdarah itu.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Gerhard Karner, pihaknya berhasil untuk mengelakkan tragedi itu daripada berlaku.

"Keadaan sangat serius," katanya sambil merujuk kepada serangan baru-baru ini pada program latihan tarian bertema Taylor Swift di Britain, di mana tiga kanak-kanak perempuan terbunuh akibat serangan suspek bersenjatakan pisau.

Menurut pihak berkuasa, bahan letupan dan peledak ditemui ketika pencarian dilakukan di pangsapuri suspek utama.

Ketua keselamatan tertinggi Austria, Franz Ruf memberitahu pemberita bahawa kedua-dua suspek baru-baru ini membuat perubahan dalam kehidupan peribadi mereka.

Katanya, suspek utama warga Austria, mengubah penampilan dan menyesuaikannya dengan propaganda IS manakala yang kedua, warga Austria berasal dari Turkiye atau Croatia, baharu berpisah dengan teman wanitanya. - AFP
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register