BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada riak bersalah

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Tiada riak bersalah


KUANTAN: Seorang tukang sapu di sebuah pusat hiburan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan mendera bayi berusia 10 bulan, minggu lalu.

Tertuduh, Khoirumminan Ranizal, 19, dari Penyor, Pekan mengaku tidak bersalah dan hanya mempamerkan riak selamba selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rini Triany Muhammad Ali.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan penganiayaan ke atas seorang bayi, Muhammad Adam Mikhail Abdullah yang berusia 10 bulan sehingga menyebabkan usus mangsa pecah selain lebam di kepala dan belakang badan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bilik sewa di Jalan Wong Ah Jang antara jam 8 malam pada 23 Julai lalu hingga jam 3.30 pagi pada 24 Julai lalu.


Khoirumminan didakwa di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Amalina Zainal Mokhtar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM8,000. Terdahulu, tertuduh memohon supaya dikurangkan jaminan atas alasan perlu menyara dua adiknya yang masih bersekolah dengan pendapatan sebanyak RM400 sebulan.


Rini kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 3 September depan untuk pra bicara.

Sementara itu di mahkamah berasingan, dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan di sebuah kafe siber pada 26 Julai lalu.


Tertuduh, Mohd Affiz Ahmad, 22, dan Mohd Fazeli Mohd Fodzi, 24, dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.


Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap sebuah premis dan seorang wanita beralamat B12, Lorong Tun Ismail 4, dan merampas wang tunai berjumlah RM400 dan sebuah telefon bimbit jenis Nokia dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM700.


Mereka juga menggunakan senjata berbahaya iaitu dua bilah parang yang boleh menyebabkan maut dan ketakutan kepada mangsa. Mereka melakukan perbuatan itu pada 26 Julai lalu pada jam 3.40 pagi.


Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada setiap tertuduh.


Ketika Hakim Fathiyah Idris meminta tertuduh membuat rayuan, kedua-dua bapa tertuduh yang bertindak sebagai penjamin memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan atas alasan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang dan memerlukan banyak belanja.


Fathiyah kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 3 September depan untuk sebutan semula.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadariakbersalah/Article/index_html
 
Apa la salah besar bayi 10 bulan tu...
 
Back
Top
Log in Register