BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Lagi Pendaftaran Kenderaan NGV Bermula Juai 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
04.11.2024 - Semua kenderaan yang dikuasakan dengan gas asli mampat (NGV) tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan di jalan raya bermula 1 Julai 2025. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keputusan itu dibuat Jemaah Menteri pada 2 Okt lepas atas dasar keselamatan kepada pengguna dan orang ramai, khususnya pemilik kenderaan yang dikuasakan dengan NGV.

“Berdasarkan rekod, tempoh kemuncak bagi pengubahsuaian dan pemasangan kit kenderaan NGV adalah antara 1995 hingga 2014. Tempoh ini memberi indikasi bahawa keseluruhan kenderaan terlibat pada hari ini telah berada dalam fasa akhir hayat tangki NGV dan perlu diganti. Tangki-tangki NGV ini mempunyai had tempoh penggunaan selamat dalam lingkungan 15 tahun dan sekiranya tidak diganti, ia tidak selamat digunakan dan boleh gagal berfungsi pada bila-bila masa sahaja serta boleh mendatangkan bahaya kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda yang dahsyat,” katanya pada sidang media pengumuman dasar penggunaan NGV negara di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata selain itu, terdapat segelintir pengguna telah melaksanakan ubah suai kenderaan dengan menggunakan silinder gas memasak (LPG) yang amat berbahaya dan mendatangkan risiko kemalangan dan letupan sebelum ini. Loke berkata silinder LPG hanya mempunyai tekanan sekitar 7 bar/100 psi berbanding tangki NGV yang mempunyai tekanan hingga 220 bar/3,200 psi. Beliau berkata penggantian menggunakan komponen-komponen tulen pula akan melibatkan kos tinggi hingga melebihi RM7,000 satu kenderaan manakala alat ganti NGV terutamanya tangki tulen sama ada sudah tiada atau amat sukar diperoleh di pasaran tempatan.

“Dalam hal ini, melalui pemerhatian dan maklum balas diterima, terdapat pemilik kenderaan yang menggunakan alat ganti daripada tangki yang telah digunakan (used), atau pengubahsuaian tidak diiktiraf, termasuk menggunakan tangki gas LPG. Semua perkara ini akan akhirnya mendatangkan risiko keselamatan, kecederaan atau kematian kepada semua pengguna atau pemilik kenderaan terbabit,” katanya.

Loke berkata pada masa ini, di Malaysia terdapat dua kategori kenderaan motor menggunakan bahan api NGV iaitu kenderaan dikuasakan petrol yang diubah suai dengan kit/komponen bagi penambahan penggunaan bahan api NGV dan kenderaan import khusus menggunakan NGV sahaja. Beliau berkata berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lebih 95 peratus daripada kenderaan NGV berdaftar adalah kenderaan dalam kategori pertama. Menurut beliau, jumlah keseluruhan kenderaan aktif yang berdaftar dengan bahan api NGV dalam rekod JPJ bagi tempoh tiga tahun adalah kira-kira 44,383 merangkumi 9,509 teksi dan kereta sewa pandu, kenderaan pendaftaran persendirian (32,137), bas dan lori (2,150) dan 587 unit kenderaan/jentera.

Justeru, beliau berkata berdasarkan data berkenaan, jumlah kenderaan motor yang dikuasakan dengan bahan api NGV adalah amat kecil berbanding populasi keseluruhan kenderaan motor berdaftar di Malaysia, iaitu 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan motor selain motosikal. Beliau berkata sebanyak enam insiden kemalangan melibatkan kenderaan NGV dalam tempoh 2008 hingga 2024, termasuk baru-baru ini (1 Okt 2024), sebuah bas sekolah di Bangkok, Thailand terbakar dan mengorbankan 23 pelajar dan guru, serta letupan dipercayai berpunca daripada percikan api akibat geseran mencetuskan kebakaran pada silinder NGV yang dipasang secara haram. Selain itu, Loke berkata jemaah menteri turut memutuskan supaya Petronas menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat bagi pasaran Malaysia sebelum penamatan sepenuhnya mulai 1 Julai 2025 dan mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV.
1730722589295.png
 
Harap Bukan Bantuan One-Off

07.11.2024 - Kerajaan disyorkan memberi bantuan secara adil kepada semua pihak termasuk syarikat kereta teksi dan memberi manfaat untuk jangka masa panjang susulan penamatan bekalan gas asli mampat (NGV) serta larangan penggunaannya bermula 1 Julai 2025. Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (PERPEKLI) Siti Faradilah Datuk Aslah berkata, bantuan itu wajar kerana syarikat juga memainkan peranan termasuk dalam pemasangan kit kenderaan NGV. Menurut Siti Faradilah, pertimbangan kerajaan amat diharapkan bagi memastikan tiada pihak yang tercicir daripada bantuan selepas penamatan bekalan NGV.

"Sekarang apa yang saya tahu bantuan berkenaan akan diberi untuk pemandu NGV berdaftar dan belum ada lagi buat syarikat. Untuk berlaku adil kena ada kerana syarikat terbabit dalam pemasangan kit NGV dan tak dapat rebat pemasangan. Jadi diharap pemberian bantuan kepada semua yang terbabit nanti bukan one-off tetapi sesuatu yang bermanfaat untuk jangka masa panjang bagi memberi kelegaan buat mereka," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Sementara itu, pengusaha bengkel kenderaan NGV Wan Khairul Aswad Wan Mohamed, 43, berkata, pakej bantuan diperkenalkan kerajaan susulan penamatan NGV adalah inisiatif baik cuma hanya 'one-off' berbanding penjimatan diperoleh sebelum ini.

"Pemansuhan itu nanti akan menyebabkan pengguna NGV terpaksa menggunakan bahan api sedia ada di pasaran yang berlipat ganda harganya, kehilangan sumber pendapatan daripada perkhidmatan ditawarkan dan kerugian kerana bekalan disimpan tiada nilai selepas pemansuhan. Sebagai pengusaha perkhidmatan dan pemasangan NGV, saya juga kena fikirkan untuk mengubah lokasi perniagaan yang selama ini bertumpu kepada kawasan ada pengisian bahan api itu. Jadi kerajaan mungkin perlu pertimbangkan lagi soal pemberian bantuan yang lebih berbaloi untuk jangka masa panjang supaya pengguna khususnya pemandu tidak terkesan selepas pemansuhan dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha bengkel NGV, Mohd Fadzril Mohd Isa, 41, juga menyifatkan bantuan diberikan kepada golongan sasar sebagai satu inisiatif baik. Bagaimanapun, penamatan bekalan NGV perlu dipertimbangkan semula kerana penggunaan bahan itu ternyata memberi penjimatan khususnya pemandu teksi.

"Saya faham kebimbangan kerajaan mengenai tong NGV tamat tempoh dan usaha untuk mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai. Cuma saya minta pertimbangkan keputusan untuk penamatan dengan teruskan jualan NGV di pasaran dan minta pemandu buat pemeriksaan di Puspakom. Perlu ada bantuan yang sepatutnya supaya memudaratkan pemandu mahupun pengusaha bengkel," katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan larangan kenderaan NGV untuk didaftar atau dilesenkan di negara ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai. Bagaimanapun, kerajaan memperkenalkan Program Bantuan Peralihan kepada pemilik kenderaan menggunakan NGV yang terjejas susulan penamatan bekalan bahan api itu serta larangan penggunaannya. Petronas NGV Sdn Bhd (PNGV) mengambil inisiatif menyediakan bantuan itu kepada kumpulan sasar yang terjejas iaitu pemandu kenderaan teksi NGV, pemilik kenderaan bahan api tunggal dan dwi bahan api NGV.

1730948914506.png


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2024/11/1152280/harap-bukan-bantuan-one
 
Penghapusan NGV - Mungkinkah Teksi Malaysia Beralih Ke Kenderaan EV Seperti Di China?

13.11.2024 - Pengumuman kerajaan bakal menamatkan sepenuhnya perkhidmatan kenderaan dikuasakan dengan gas asli mampat (NGV) bermula 1 Julai 2025 mendapat pelbagai reaksi terutama pemandu teksi. Rata-rata pemandu teksi berpendapat langkah itu menjejaskan kos operasi dan pendapatan mereka kerana sebilangan pemandu teksi berpendapat Bantuan Peralihan Kenderaan NGV sebanyak RM3,000 yang diberi kerajaan tidak dapat menampung kos peralihan ke bahan api lain. Namun, keputusan kerajaan berkenaan adalah selaras dengan matlamat Malaysia yang menyasarkan karbon sifar bersih menjelang 2050.​

1731479237020.png

Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak berkata, dua perkara yang perlu difikirkan secara holistik iaitu pemberian pampasan lebih tinggi kepada mereka yang terjejas dan peranan rakyat Malaysia dalam menjaga kelestarian alam untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDGs). Beliau menambah, perkara itu sejajar dengan enam misi Kerajaan MADANI yang tidak mengabaikan kebajikan rakyat sekali gus memelihara kelestarian alam melalui Reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.

"Tentulah kerajaan perlu membayar pampasan yang lebih tinggi kepada pengguna kenderaan NGV. Namun, terdapat kekangan kewangan. Pada masa sama sebenarnya kerajaan juga turut melihat dari segi risikonya setelah ada banyak kes di dalam dan juga di luar negara di mana kebakaran melibatkan kenderaan NGV.

Mengulas mengenai pandangannya berhubung tindakan kerajaan itu, menurutnya, keputusan tersebut pastinya diambil selepas kerajaan meneliti faktor ekonomi, alam sekitar dan juga masalah yang dihadapi masyarakat.

"Saya fikir tentulah ada alasan yang munasabah oleh pihak kerajaan memandangkan terdapat kes pemilik kenderaan NGV kehilangan nyawa di dalam dan luar negara," katanya kepada Majoriti.

Lebih penting, beliau menyifatkan keputusan kerajaan itu selaras dengan matlamat Malaysia yang menyasarkan karbon sifar bersih menjelang 2050. Dengan mengambil kira kos penyelenggaraan, beliau berkata, ia mungkin tidak berbaloi sekiranya penggunaan kenderaan menggunakan bahan api tersebut diteruskan.

"Pada pendapat saya, ia termasuk dari segi transisi Malaysia menuju ke arah karbon sifar bersih menjelang 2050. Bagi mencapai matlamat Kerajaan MADANI, tidak mustahil jika kenderaan khususnya perkhidmatan teksi beralih sepenuhnya kepada kenderaan elektrik (EV) seperti dilakukan oleh negara China yang merupakan antara pasaran terbesar kenderaan EV dari segi pengeluaran mahupun jualan.
1731479258547.png

Menariknya, apabila kerajaan negara Tembok Besar itu memainkan peranan dengan melaksanakan dasar agresif kerajaan China seperti subsidi, pengecualian cukai, dan pembinaan rangkaian pengecasan EV. China memulakan teknolgi berkenaan di bandar-bandar besar seperti Beijing dan Shenzhen, hampir semua teksi dan bas awam kini menggunakan EV untuk mengurangkan pencemaran udara. Di Shenzhen, kenderaan perkhidmatan awam mereka telah beralih ke kenderaan EV sejak 2019 manakala Beijing menyasarkan penggunaan sepenuhnya kenderaan EV menjelang 2025. Situasi di China boleh dijadikan contoh terbaik bagaimana peralihan EV dapat dilakukan dengan komitmen kerajaan dan sokongan infrastruktur.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...ysia-beralih-ke-kenderaan-ev-seperti-di-china
 
Kenderaan EV, Mesra Alam Atau Mengundang Padah?

Susulan beberapa kes kehilangan nyawa melibatkan kenderaan NGV, Dr Yusoff menyifatkan langkah kerajaan menamatkan sepenuhnya perkhidmatan NGV sebagai usaha kerajaan memberi masa kepada pemilik kenderaan gas asli tersebut untuk beralih kepada kenderaan EV. Bagaimanapun, banyak laporan antarabangsa berkaitan kenderaan EV terbakar susulan keadaan bateri yang tidak selamat dan beberapa faktor lain. Dr Mohd Yusoff ketika mengulas pandangannya berhubung isu itu yang berlaku di dalam mahupun luar negara, katanya, masalah itu tidak selalu berpunca daripada kenderaan itu sendiri, sebaliknya, cara pemanduan oleh pemandu terbabit menyumbang kepada risiko kebakaran.

"Kenderaan konvensional juga terdedah dengan risiko kebakaran. Jadi, tidak boleh dilabelkan kepada sesuatu jenis kenderaan sahaja. Kita perlu melihat dari segi penggunaan dan juga faktor-faktor luaran," jelasnya.

Selain itu, beliau juga berkata, pihak berkaitan perlu meneliti untuk mewujudkan satu sistem yang lebih mesra alam dan selamat dalam mengurus kenderaan EV yang sudah tidak digunakan atau disita.

"Jika berlaku pertambahan bilangan kenderaan EV yang disita, bagaimana pihak berkuasa merawat ataupun menguruskan bateri tersebut kerana bateri inilah yang dikatakan menjadi punca kepada kejadian kebakaran dan sebagainya. "Kebanyakannya kereta usang dilambakkan di bengkel atau di merata tempat. Ini adalah pengurusan yang tidak mesra alam dan tidak sistematik," ujarnya.

Isu lambakan kereta EV pernah terjadi di bandar Hangzhou tahun lalu selepas ia tidak lagi digunakan oleh pemilik kenderaan terbabit. Memetik laporan Kosmo, perkara itu berlaku ekoran lambakan penghasilan kereta EV dan kenaikan taraf spesifikasi yang begitu progresif menyebabkan pengguna lebih selesa memiliki kereta terkini sehingga model lama terbiar. Jadi, tidak mustahil jika tahun 2050 kumpulan pemandu teksi beralih ke penggunaan kenderaan EV.
1731479329025.png
 
Kenderaan EV, Mesra Alam Atau Mengundang Padah?

Susulan beberapa kes kehilangan nyawa melibatkan kenderaan NGV, Dr Yusoff menyifatkan langkah kerajaan menamatkan sepenuhnya perkhidmatan NGV sebagai usaha kerajaan memberi masa kepada pemilik kenderaan gas asli tersebut untuk beralih kepada kenderaan EV. Bagaimanapun, banyak laporan antarabangsa berkaitan kenderaan EV terbakar susulan keadaan bateri yang tidak selamat dan beberapa faktor lain. Dr Mohd Yusoff ketika mengulas pandangannya berhubung isu itu yang berlaku di dalam mahupun luar negara, katanya, masalah itu tidak selalu berpunca daripada kenderaan itu sendiri, sebaliknya, cara pemanduan oleh pemandu terbabit menyumbang kepada risiko kebakaran.

"Kenderaan konvensional juga terdedah dengan risiko kebakaran. Jadi, tidak boleh dilabelkan kepada sesuatu jenis kenderaan sahaja. Kita perlu melihat dari segi penggunaan dan juga faktor-faktor luaran," jelasnya.

Selain itu, beliau juga berkata, pihak berkaitan perlu meneliti untuk mewujudkan satu sistem yang lebih mesra alam dan selamat dalam mengurus kenderaan EV yang sudah tidak digunakan atau disita.

"Jika berlaku pertambahan bilangan kenderaan EV yang disita, bagaimana pihak berkuasa merawat ataupun menguruskan bateri tersebut kerana bateri inilah yang dikatakan menjadi punca kepada kejadian kebakaran dan sebagainya. "Kebanyakannya kereta usang dilambakkan di bengkel atau di merata tempat. Ini adalah pengurusan yang tidak mesra alam dan tidak sistematik," ujarnya.

Isu lambakan kereta EV pernah terjadi di bandar Hangzhou tahun lalu selepas ia tidak lagi digunakan oleh pemilik kenderaan terbabit. Memetik laporan Kosmo, perkara itu berlaku ekoran lambakan penghasilan kereta EV dan kenaikan taraf spesifikasi yang begitu progresif menyebabkan pengguna lebih selesa memiliki kereta terkini sehingga model lama terbiar. Jadi, tidak mustahil jika tahun 2050 kumpulan pemandu teksi beralih ke penggunaan kenderaan EV.
1731479329025.png
rekon bwk msia ler :ROFLMAO:

byk pencinte rekon walau tech outdated kt msia ni:ROFLMAO:
 
Penghapusan NGV, Undang Risiko Mekanikal Enjin, Kekangan Stok Tangki Gas - Pengendali Bengkel

20.11.2024 - Keputusan kerajaan melarang penggunaan kenderaan dikuasakan oleh gas asli mampat (NGV) berkuat kuasa Julai 2025, mendapat reaksi positif daripada pengendali bengkel kenderaan. Seorang pakar automotif yang berpengalaman dalam pengendalian bengkel kenderaan sejak lebih 25 tahun, Nurul Izzat Mailan, 49, berpendapat langkah itu wajar kerana kelengkapan penyelenggaraan berkaitan tong gas NGV kini berdepan kekangan bekalan stok dan komponen mekanikal.
1732090329048.png

"Pembekal alat ganti untuk sistem gas seperti tangki, saluran paip dan injap memang tiada. Pemasangannya cuma sekali sahaja dan digunapakai dalam tempoh yang tertentu. Kita tahu kenderaan NGV dilengkapi oleh tong gas. Rata-rata tong gas bertahan lebih kurang dalam 10 tahun sahaja dan sekarang kita dah menjangkau kepada 20 tahun. Jadi, bekalan tong gas sebenarnya tidak disediakan. Macam saya sendiri apabila kendalikan NGV, kami lebih kepada isu komponen mekanikal. Selalunya kami akan nasihatkan pelanggan untuk pergi balik kepada pembekal mereka di mana mereka memasang kelengkapan tersebut," katanya kepada Majoriti.

Menurutnya, NGV adalah sistem tambahan yang dipasang pada enjin petro dan proses penukaran memerlukan usaha untuk mengembalikan kenderaan kepada spesifikasi asal kilang. Proses tersebut melibatkan penanggalan komponen seperti tangki gas, sistem saluran paip, dan sistem komputer NGV, diikuti dengan pemasangan semula komponen asal serta pemetaan (remapping) enjin untuk membaca hanya satu bahan api, iaitu petrol.

"Biasanya, proses ini mengambil masa tiga hingga empat hari yang mana ia melibatkan keseluruhan sistem, pipeline, tank, sistem komputer kenderaan.

"Untuk NGV, kita akan cabut semua dan kita akan buat pemetaan semula enjin kenderaan itu kepada yang asal," jelas pengendali salah sebuah bengkel kenderaan di Shah Alam itu.

Mengulas mengenai kos peralihan, beliau berkata, ia membabitkan kos sekitar RM800 hingga RM2,000 bergantung kepada model dan saiz kenderaan.

Bercakap mengenai cabaran, Izzat menekankan bahawa kenderaan yang telah lama menggunakan NGV, terutama melebihi 10 tahun, berisiko menghadapi masalah kerosakan komponen semasa proses penanggalan.

Jelasnya lagi, tambahan kos mungkin berlaku sekiranya terdapat kerosakan pada komponen akibat usia kenderaan atau suhu tinggi yang dihasilkan oleh NGV, iaitu sekitar 120 hingga 130 celsius berbanding petrol yang hanya 100 celsius.

"Apabila kenderaan 10 tahun dan menggunakan NGV sepenuh masa, jadi suhu enjin menjadi semakin panas menyebabkan sistem pendawaian kenderaan tu secara automatik akan mengeras dan keadaan tersebut akan meningkatkan risiko pecah atau rosak," katanya.

Dari segi penyelenggaraan pula, beliau berkata, tidak dinafikan kenderaan NGV memerlukan servis yang lebih kerap berbanding petrol.

"Untuk petrol, penyelenggaraan biasanya dilakukan setiap 5,000 hingga 10,000 kilometer (km), bergantung pada jenis minyak enjin.

Tetapi NGV memerlukan servis setiap 3,000 km kerana enjin NGV lebih panas, menyebabkan minyak hitam cepat meluap," katanya.

Justeru, beliau menyokong keputusan kerajaan untuk menamatkan sepenuhnya penggunaan kenderaan NGV kerana ia mendatangkan lebih banyak risiko.

Tahap kesediaan industri automotif selenggara EV

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik jika keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) itu adalah sebenarnya memberi ruang kepada perkhidmatan teksi menggunakan kenderaan elektrik (EV), namun perlu melihat kepada tahap kesediaan infrastruktur.

"Infrastruktur dan stesen pengecasan kita masih terhad tetapi tidak mustahil dalam masa akan datang, stesen pengecasan berada di merata tempat termasuk di luar bandar.

Selain itu, beliau juga mengulas tentang pencemaran yang terhasil dari sesebuah kenderaan itu sendiri dan kenderaan EV juga tidak terlepas daripada menghasilkan pencemaran khususnya selepas tamat tempoh bateri yang mana ia memerlukan proses pelupusan.

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa setiap bateri yang sudah tamat tempoh itu memberi manfaat lain melalui pengitaran semula.
3023397.png

Bateri kenderaan yang tidak diguna lagi di bengkel Izzat dijual kepada pembekal bateri untuk dikitar semula menjadi bahan lain.

"Apa-apa kenderaan, bila sampai satu tahap pelupusan, semua akan menjadi pencemaran. Kalau bateri sendiri dilupuskan, saya yakin pasti ada kelebihan untuk tujuan lain dengan mengitar semula bateri-bateri tersebut. Saya sanggup beli bateri pelanggan yang rosak pada kadar yang dipersetujui dan menjualnya semula kepada pembekal bateri untuk mereka mengitar semula menjadi bahan lain," jelasnya.

Selain itu, beliau turut menyuarakan keperluan untuk meningkatkan latihan dan kepakaran mekanik tempatan dalam teknologi EV. Beliau memuji usaha agensi kerajaan seperti Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) yang menyediakan program latihan teknologi, tetapi menekankan bahawa kesukaran menghadiri kelas kerana kekangan kerja masih menjadi cabaran utama.

"Saya sendiri dah 25 tahun dalam industri, tapi belajar teknologi baru macam EV ini, banyak kena buat sendiri. MARii ada sediakan kelas, tapi kadang-kadang lokasi dan masa tak sesuai," katanya.
3023398.png

Alat peranti yang digunakan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kenderaan yang rosak.

Izzat juga mengakui masih perlu kemahiran dan kelengkapan berkaitan teknologi yang lebih mantap kerana kenderaan EV yang rosak memerlukan sistem pengkomputeran dalam proses selenggara. Justeru, beliau mahu kerajaan untuk memberikan sokongan melalui kelengkapan-kelengkapan terlibat berikutan ia menelan belanja yang sangat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu.

"Kami harapkan kerajaan membantu kami dari segi kelengkapan-kelengkapan kerana EV ni kenderaan yang dikomputerkan yang mana kami sendiri agak berat untuk menyediakan kelengkapan-kelengkapan tersebut kerana kosnya boleh mencecah hingga ratusan ribu.

Tambahnya lagi, jumlah itu tidak termasuk lesen perisian yang perlu diperbaharui setiap tiga tahun di mana ia melibatkan jumlah sebanyak RM3,000 sekali gus membebankan golongan pengendali automotif. Oleh itu, dengan sokongan yang lebih kukuh daripada kerajaan dan pihak berkaitan, Izzat yakin bahawa Malaysia mampu menjadi peneraju dalam teknologi automotif hijau. Peningkatan penggunaan EV bukan sahaja membuka peluang kepada perniagaan tempatan, tetapi juga membantu Malaysia mencapai sasaran alam sekitar dan teknologi yang lebih mampan.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...kekangan-stok-tangki-gas---pengendali-bengkel
 
Back
Top
Log in Register