BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada kenaikan tarif elektrik.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kuala Berang: Kadar tarif elektrik tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat berikutan pembinaan lebih banyak empangan hidroelektrik di negara ini untuk menjana tenaga pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun kos pembinaan empangan hidroelektrik tinggi, namun ia tidak membabitkan kos bahan bakar sebaliknya bergantung kepada tenaga yang dihasilkan air sebagai sumber utama.

Menurutnya, ketika ini empangan hidroelektrik di seluruh semenanjung dapat menjana 1,800 megawatt dan beberapa projek empangan yang membekalkan kuasa sebanyak 630 megawatt akan siap tidak lama lagi.

Katanya, menjelang 2024 sejumlah empangan akan dibina dengan bekalan kuasa sebanyak 610 megawatt menjadikan keseluruhan 3,000 megawatt kuasa dapat dijana di seluruh semenanjung dalam masa 10 tahun lagi.

“Semakin banyak empangan hidroelektrik akan dibina dan ia dapat mengurangkan kadar kenaikan tarif elektrik,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran permulaan penakungan Tasik Puah, Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu, dekat sini, semalam.

Hadir sama Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd.

Mahdzir berkata, penakungan Tasik Puah di Taman Semarak Binjai, dekat sini, satu daripada komponen penting Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu yang sedang dibangunkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), berjaya dilakukan enam minggu lebih awal berbanding jadual asal 18 November ini .

Menurutnya, projek yang bermula pada 1 Oktober 2010 itu juga turut mencatat rekod cemerlang iaitu tiada rugi masa akibat kecederaan selama lapan juta jam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadakenaikantarifelektrik/Article/index_html
 
tu nak naik la tu kalau gitu bunyinye
 
org politik nie kalau cakap selalunya terbalik....tak naik maknanya naik ler tu....tak tukaq maknanya tukaq ler tu kekekekeke
 
dlm msa tdekat tu paham2 la akn naik tatau bila
 
kite park dulu ramai2.. tgk lepas ni ade naik ke x.. kalau ade naik..mmg citer cm kaf lam ya nga la..
 
bohong je la..aku rasa dorang cek meter letrik naik basikal kot.atau pekerja dia naik basikal?
 
Dengar boleh percaya jangan.
 
aku sikit pon x percaya ngan golongan2 penindas nie...:mad:
 
Cakap je. Dia nak naik terus je naik x yah nak heboh2
 
Back
Top
Log in Register