BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada kenaikan harga barang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang tidak menerima sebarang laporan kenaikan harga barang dan kekurangan bekalan barangan kesan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata, setakat ini semua harga sayuran dan ikan masih tidak terjejas.

Menurutnya, orang ramai boleh memaklumkan sebarang kes kenaikan harga kepada KPDNKK.

“Semua pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNKK negeri sentiasa memantau harga barang termasuk makanan basah,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Pameran dan Ekspo Perdagangan Sempena Program Bandar Persahabatan Kuantan-Qinzhou di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pengguna juga perlu bijak membuat pilihan yang betul dan boleh menghubungi pihak berkuasa jika berlaku kenaikan harga atau masalah kekurangan bekalan.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Fadzilla Salleh dan Timbalan Datuk Bandar Qinzhou, Han Liu.

Mengulas mengenai program itu, Shahiruddin meminta semua pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan merebut peluang penganjuran program berkenaan untuk meluaskan jaringan perniagaan mereka.

Katanya, program itu berpotensi meningkatkan perniagaan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan di pasaran China.

“Ambil peluang disediakan sepanjang program ini berlangsung untuk menjalinkan hubungan dengan rakan strategik dari China dan belajar dari mereka cara untuk menembusi pasaran antarabangsa," katanya.

Shahirudin berkata, walaupun sudah ada produk IKS yang dikenali di peringkat dunia, namun jumlahnya masih kecil.

“Kita ada 29,659 pengusaha IKS di Pahang sahaja dan program seperti ini seharusnya dijadikan landasan untuk mereka membina jaringan hubungan lebih luas dengan pelanggan berpotensi dari China,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/tiada-kenaikan-harga-barang-1.505256
 
kementerian ni tunggu laporan je
 
Arga xnaek tp kuasa membeli berkurangan haha
 
Harga barang turun ke tak ni? Haritu Pahlawan Bugis kata harga barangan akan turun. Ni sekarang pahlawan tu dah berdiam diri. Ceh konon banyak berdiam diri.
 
nak naik harga barang ke tengah gawat ni?
 
Kalau setakat bilangan laporan tak cecah 2 juta...masih kes terpencil...kalau jadi kes terbesar pon...tak de bezapon tindakan yang dibuat...naik tetap naik...
 
risau jgk dgr berita ni...sbb biasanya realiti akn terbalik dgn berita...
 
Kalau harga dah sedia mahal, ko cakap camni macam tak relevan jer..
 
Tunggu bulan Julai nanti pasti akan ada kenaikan harga. :D
 
Back
Top
Log in Register