Den copy dari FB
https://www.facebook.com/Koleksi.Printscreen/posts/415306898541828
Ingin saya membidas kata-kata Ustaz tersebut yang dari golongan ILMU ini, dengan dalil-dalil sahih dan jelas.
1- Tiada dalil menyatakan langsung tentang kewajipan musuh tidak boleh lebih dari 2 kali ganda, berdasarkan tiga dalil, pertama peperangan Badar yg menyaksikan 313 tentera muslimin menentang 900 lebih tentera kafir. dan peperangan Uhud menyaksikan tentera muslimin seramai 700 orang menentang 3000 tentera kafir.
kedua “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang. Dengan begitu, kamu menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu.” (Al-Anfal: 60), maka dalam ayat ini Allah menyuruh berperang dengan musuh Islam dengan apa sahaja kekuatan yang ada.
ketiga “Hai nabi, kobarkanlah semangat orang-orang mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antara kamu, mereka dapat mengalahkan seribu dari orang kafir, sebab orang-prang kafir itu tidak mengerti.” (Al-Anfal: 65), menunjukkan dalam ayat ini, Allah memerintahkan jihad walau tentera Islam hanya sedikit berbanding tentera musuh.
hanya ada dalil ini dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (Ash-Shaf: 4). namun ayat ini tidak mensyaratkan barisan perang harus lebih dari separuh tentera musuh. cuma Allah menyarankan barisan perang bersistematik dan berstrategi. surah al-anfal ayat 65 tadi telah menentang hujjah ustaz tadi pasal tentera musuh tak boleh 2 kali ganda.
2- Tidak wajib ketua tentera yang memegang panji bendera Islam. Adakah ustaz tidak baca sirah, bahawa panglima tentera perang Uhud ialah Khalid al-Walid, namun yg memegang panji ialah Mus'ab bin Umair? Sampai Mus'ab gugur pun, panji dipegang oleh orang lain, bukan Khalid atau Nabi.
3- Lihat hadis ini berkaitan seorang yang tidak pernah solat walau satu waktu pun. dan imannya sangat tipis kerana baru memeluk Islam ketika seruan jihad perang uhud dilaungkan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa seorang yang bernama Amru bin Uqasy. Dia mempunyai hutang riba pada waktu jahiliyah menyebabkan beliau tidak suka memeluk Islam sehingga dia memlangsaikannya. Dia datang dalam peperangan Uhud. Dia bertanya: Di mana suku pak cik ku?
Mereka menjawab: Di Uhud.
Dia bertanya: Di mana si fulan?
Mereka menjawab: Di Uhud
Dia bertanya: Di mana si fulan?
Mereka menjawab: Di Uhud
Amru memakai baju perangnya dan pergi ke Uhud. Apabila orang Islam melihat mereka berkata: Jangan datang ke sini.
Dia menjawab: "AKu telah beriman."
Dia berperang sehingga tercedera. Apabila cedera dibawa kepada keluarganya. Sa’d bin Muaz datang kepada mereka dan berkata kepada saudara kandung perempuannya. "Tanya kepadanya dia berperang kerana semangat perkauman, atau marah kerana kaumnya atau marah (kepada musuh)kerana Allah (s.w.t)."
Dia menjawab: "AKu berperang kerana marah( kepada musuh) kerana Allah." Kemudian dia meninggal dunia dan tidak solat kepada Allah walaupun satu waktu.
[Hadith riwayat Abu Daud dalam kitab Jihad bab mereka yang masuk Islam dan terkorban di jalan Allah Azzawajalla, no.2537, Ahmad dalam musnad, j.5,h.428-429, al-Bayhaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, j.3,h.247-248, Ibnu Hisyam, j.2,h.90 dan sanadnya Hasan.Juga diriwayat oleh Ahmad dan Ibnu Hisyam dengan sanad yang lain dari Abu Hurairah. Al-Hafiz menyebut dalam al-Isabah, j.2,h.519, isnadnya hasan.]
4- Ya, benar.. namun lihat sekarang, adakah umat Islam di Palestin dan negara berjiran dengannya adalah sedikit? Jumlah umat Islam dan Yahudi di timur tengah mematahkan hujjah anda.
5- Rasulullah saw berhijrah atas sebab 1) ajakan orang Madinah. 2) untuk menyelamatkan diri. 3) tidak boleh mengusir keluar musyrik Quraisy sebab itu tanah mereka juga. Di palestin kini, tiada negara-negara yang mengajak mereka tinggal di negara mereka, dan tanah palestin bukan hak milik yahudi. itu adalah tanah tumpah darah kaum kana'an.
6- Ingin saya mengingatkan tentang hadis ini yang mungkin didhaifkan Al-Albani, hadis riwayat Abu Darda : "Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah ?"
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani. Al-Haithami menyatakan perawi-perwainya semuanya thiqah dan ianya disokong oleh hadith-hadith yang lain.
dalam hadis lain, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili bahawa nabi saw bersabda: "Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka, dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan, dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala",Para sahabat bertanya: "Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah S.A.W ?", Baginda S.A.W menjawab: "Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis".
Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad, dan al-Haithami dalam Zawaidnya telah memberikan komentar: "Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah Bin Ahmad (anak Imam Ahmad Bin Hanbal) dan juga al-Tabrani, dan perawinya adalah orang-orang yang thiqah (dipercayai)."
AKHIR KATA, ingin saya berpesan kepada semua dan diri saya sendiri bahawa, janganlah kita menyekat atau mematahkan semangat jihad di kalangan umat Islam seperti dilakukan BAPAK segala munafik, Abdullah bin Ubai, seperti dalam perang Uhud, yang menghasut 300 tentera muslimin patah balik ke Madinah dan tak jadi perang, hingga turun ayat ini:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang, ‘kalau mereka tetap bersama kita, tentu mereka tidak akan mati dan tidak akan dibunuh.’ Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat dalam hati mereka. Allah menghidupkan dan mematikan. Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan. Dan sungguh kalau kamu gugur dijalan Allah atau meninggal, tentulah ampunan Allah dan rahmat-Nya lebih baik bagimu dari harta rampasan yang mereka kumpulkan. Dan sungguh jika kamu meninggal atau gugur, tentulah kepada Allah kamu semua dikumpulkan.” (Ali Imran: 156-157)