BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Istilah "RUGI" Dalam Perniagaan Internet?

Hidup ini penuh dengan cubaan dan ujian.Kita akan diujui dengan ujian ketakutan terhadap musuh dan orang jahat, mungkin diuji dengan keperitan hidup ( kemiskinan ),penyakit,kehilangan orang yang disayangi dan sebagainya.

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 155 hingga 156 yang bermaksud :

" Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: " Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali ".

Firman Allah dalam surah Az Zumar: 10 bermaksud :

" Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira ".

14 KUNCI PEMBUKA PINTU REZEKI

1- Membaca Surah Al Waqiah.
2- Bertakwa kepada Allah.
3- Tawakal kepada Allah.
4- Banyak mengingati Allah
5- Banyak beristighfar.
6- Banyak membaca La Haula
7- Banyak beramal soleh.
8- Membaca Surah Al Ikhlas ketika masuk rumah.
9- Mengerjakan Solat Dhuha.
10-Berbakti kepada ibu bapa.
11-Banyak bersedekah
12-Mensyukuri nikmat Allah.
13-Bersabar terhadap ujian Allah.
14-Menghubungkan Silaturrahim.
 
gagal itu perlu ,dah gagal baru jadi kita jadi yang lebih baik
 
Tak semestinya perlu gagal. Ia bukan satu kewajipan.

Adakah salah kalau berjaya tanpa gagal? Atau, perlu gagal dahulukah untuk berjaya?

Ada 1001 kemungkinan atas dunia ini. Tak semestinya berpijak pada satu falsafah sahaja. Jangan terlalu stereotaip.

Malah, sudah ramai orang yg berjaya mendokumentasikan blueprint mereka yg hanya perlu di'tiru' sahaja untuk mengelakkan kegagalan atau meminimakan risiko. Adalah satu perkara yang tak masuk akal apabila sudah ada blueprint, tapi dipaksa2 untuk gagal.

So, falsafah perlu gagal itu mungkin kurang sesuai lagi untuk zaman kini atau masa depan. Atau mungkin yg lebih sesuai dikatakan ialah "pemilikan daya survival". Kalah atau menang, gagal atau berjaya, itu bukan masalah. Tapi yg perlu dipersoalkan ialah, tingkat dan daya ketahanan. Daya tahan inilah yang perlu dididik ke dalam diri setiap insan. Bukan melatih diri agar gagal. Itu bukan formula muktamad.

Wallahu 'alam.

ya setuju pendapat tuan,tapi

saya pernah mengalami kegagalan yang teruk,

hikmah kegagalan adalah terlalu besar,

selepas menerima kegagalan saya bangun dan hasilnya

menakjubkan ,kita jadi lebih baik dan jauh lebih baik.

ini bukan soal falsafah tp kenyataan hidup laluan untuk berjaya

memang kena tempuhi semua ini,di sebalik kegagalan

banyak yg ter sembunyai,

"hanya jauhari kenal manikam"

hanya org yang penah gagal yang teruk sahaja akan faham maksud

saya...
 
Sy ingin berkongsi satu quote yg sy dpt dari Gobala Krishnan dlm seminar internet milionaires bootcamp semalam..

by Jim Rohn,
Let others lead small lives, but not you.
Let others argue over small things, but not you.
Let others cry over small things, but not you.
Let others leave their future in someone else's hands, but not you.



:)cgrock
 
terima kasih kepada semua yang memberikan pandangan :)

Jelaslah bahawa.. kegagalan sebenarnya diperlukan untuk kita belajar sesuatu. Tidak sempurna sesuatu penuntutan ilmu tanpa kegagalan :)
 
Back
Top
Log in Register