BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Tiada iPhone Mini Pada 2022

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Apple pada tahun lepas telah memperkenalkan iPhone 12 Mini yang hadir dengan skrin bersaiz 5.4-inci – menjadikannya salah satu telefon pintar dengan skrin kompak pada pasaran. Namun, jualannya dilihat tidak begitu tinggi berbanding model-model lain.

Terbaru, menurut laporan Nikkei, Apple dijangka akan menamatkan penawaran iPhone Mini pada tahun hadapan, 2022. Sebaliknya, Apple akan mengekalkan penawaran 4 model pada 2022 dengan menambah variasi iPhone Pro Max tetapi pada harga lebih rendah berbanding versi premium berkenaan.

Dengan ini, kita akan melihat dua variasi iPhone dengan skrin 6.1-inci, dan juga dua dengan skrin 6.7-inci pada 2022 kelak. Ini bermakna, masing-masing akan hadir dengan variasi iPhone biasa, dan juga iPhone Pro.

Apa pun, untuk tahun ini, Apple dijangka akan terus mengekalkan penawaran iPhone 13 Mini kepada pengguna.

1626855505756.png

Sumber asal https://asia.nikkei.com/Business/Technology/Apple-to-go-all-in-on-5G-for-its-2022-iPhone-lineup
 
Apple Menamatkan Penawaran Siri Kompak - iPhone Mini

Apple hari ini memperkenalkan dua telefon pintar baharu pada kategori asas mereka, iaitu iPhone 14 dan juga iPhone 14 Plus. Tiada lagi kemaskini diberikan kepada keluarga iPhone Mini.

iPhone-14-950x534.jpeg.webp


Dengan langkah ini, iPhone mula memfokuskan kepada penawaran skrin biasa, dan juga skrin lebih besar – sekaligus menamatkan penawaran peranti bersaiz kompak sebelum ini generasi baharu. Sebelum ini, keluarga Mini telah diperkenalkan ketika pengenalan iPhone 12, dan turut dikekalkan pada iPhone 13. Desas-desus ketika itu adalah permintaan untuknya adalah rendah – mungkin membawa kepada penamatan penawaran iPhone Mini oleh Apple.​
 
Back
Top
Log in Register