berapa kena tetak..? bg ja nama bengkel bro, srok buat apa..
aku keta lain sume hantar srvice center, kecuali kancil..
bengkel melayu dh brpa kli kena, alih2 aku hntar cina je, nissan nyer service center..
)
layan aku mcm hantar TEANA..
)
kerja bersih, die brief kita apa part rosak, nk ganti ke x, berapa kos keseluruhan, nk parts yg mcm mana..
apa cerita sekarang nie tt??:-?
minta maaf la lama tak update thread ni, dan pulak dah malas nak ingat mimpi ngeri tu...
cuma kesimpulan yg saya nak update..
11)kedai proton yg dimaksudkan adalah wakil servis EON putrajaya (nama kedai tak ingat), bukan wakil servis proton-edar. ada 2 di kawasan gate 1 putrajaya tu.
katanya head enjin perlu ditukar sebab retak . Kosnya adalah RM2900 tak termasuk labour
2)diminta bayaran RM150 untuk upah togelkan enjin kereta aku, supervisor workshop siap sebut patutnya mahal lagi tapi bagi diskaun
3)kena lagi tambahan RM150 untuk upah towing ke bengkel lain yg meyakinkan (sebab bengkel proton tu tak meyakinkan oleh kerana kerap sebut nak buat dekat bengkel lain dia tak halang)
4)sampai ke bengkel yg meyakinkan ni, dia mengutuk bengkel proton tu sekeras-kerasnya sebab nampak sangat diorang taktau apa yg dia buat (benda yg tak sepatutnya di bukak pun dia bukak, menyebabkan kos saya bertambah untuk upah pasang balik)
5)susulan dari no. 4 di atas, tempoh kereta di bengkel jadi seminggu lebih.
6)bengkel yg meyakinkan ni kata head tak perlu di tukar, cuma perlu di skimming, align piston dan beberapa lagi kerja yg sukar difahami (malas dah nak ambik tau)
7)kos pembaikan adalah RM1180 termasuk gasket, minyak enjin dan ori coolant proton. so RM1180+150+150. Bukanlah RM2900 seperti yg diucapkan oleh org yg pandai tersebut.
Jadi kesimpulannya, kalau kita nak jadi pengguna bijak, pergi lah ke bengkel yg baik dan berpengalaman. Kita akan jadi tak bijak bila ke bengkel yg tak berpengalaman sebab dia akan jadikan kita bahan pelajaran dia dan kita yg akan keluar belanja yg besar.