Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
26.05.2025 - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bakal membuka cawangan baharunya di Kuah, di sini, pada 1 Jun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, pembukaan cawangan baharu tersebut bertujuan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang lebih selesa dan mudah diakses kepada penduduk tempatan. Katanya, cawangan baharu berkenaan yang terletak di PT2942, Persiaran Bunga Raya menandakan komitmen berterusan pihaknya dalam memperluaskan capaian perkhidmatan bagi manfaat pelanggan.
“Pembukaan cawangan baharu dijangka memudahkan urusan pelanggan di Langkawi bagi menjalani pemeriksaan kenderaan mengikut piawaian keselamatan dan peraturan jalan raya. Cawangan ini mampu menanggung kapasiti pemeriksaan sehingga 100 kenderaan sehari, dilengkapi pelbagai kemudahan seperti ruang menunggu berhawa dingin, surau, tandas dan dua lorong pemeriksaan untuk meningkatkan kecekapan operasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut berkata, pembinaan cawangan berkenaan merupakan sebahagian daripada kempen #MacamBaharu yang juga satu inisiatif pihaknya dalam menuju ke arah organisasi yang lebih kompetitif, berkualiti dan berintegriti.