BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

The Transporter atau khidmat driver untuk anda

Bro_Izantie

Legendary Member
gem
Messages
17,073
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2009
Messages
17,073
Reaction score
928
Points
161
images-2.jpg


The Transporter atau khidmat driver​

Pernahkan anda mengalami situasi berikut?:

1. Dokumen tender anda yang berharga jutaan ringgit perlu dihantar ke satu lokasi tetapi anda tidak mempunyai cara dan masa. Tambahan pula hari tersebut adalah hari cuti dan syarikat kurier tidak beroperasi.

2. Dokumen penting perlu diserahkan segera kepada orang perseorangan pada malam hari itu juga. Jika tidak bakal menjejaskan syarikat anda.


3. Anak gadis atau saudara anda telah lewat menghadiri temuduga penting ataupun bas yang dinaiki masih belum sampai kerana mengalami kerosakan.

4. Pelbagai lagi masaalah yang merungsing kepala. Wang bagi anda tidak menjadi masaalah janji kerja anda selesai!

Oleh yang demikian, kami ada jalan penyelesaiannya! Memperkenalkan khidmat driver atau transporter terus kepada tuan/puan!

Kami menyediakan khidmat driver kepada semua syarikat di semenanjung Malaysia bagi menghantar orang/barangan/dokumen penting. Waktu kerja adalah berkeutamaan pada hari sabtu dan ahad serta cuti am. Untuk hari lain, hanya di sebelah malam bermula 6.30 petang. Perkhidmatan disediakan hanya dari Kawasan Setiawangsa, (AEON Setiawangsa) Kuala Lumpur ke Bandar-bandar utama sahaja. Kadar caj adalah seperti berikut:

1) Menggunakan kereta kami, Proton Waja 1.6cc atau proton Wira (3 penumpang sahaja):

- Setiap kilometer dicaj RM1.20 pergi dan balik termasuk tol dan minyak, bil telefon atau bayaran saman polis (speed trap) sekiranya ada.

- Sewa hotel RM100 semalam jika terpaksa bermalam akan ditanggung pihak tuan.

- Speedo meter akan bermula di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Sebagai contoh, Jika pihak tuan ingin ke Bandar Kuantan, Pahang selama dua hari bayaran berikut akan dikenakan:

- KL - Kuantan (259 Kilometer x 2) dicaj RM 621.60 pergi dan balik.
- Kos penginapan RM100 kerana terpaksa bermalam.
- Jumlah keseluruhan caj adalah RM721.60 bagi tugas selama dua hari.

2) Jika menggunakan kereta tuan/puan:

- Kos tol, minyak dan kerosakan kereta adalah tanggungjawab anda. Caj untuk pemandu kami adalah RM350 sehari.

3) Untuk perkhidmatan di waktu hari bekerja, bayaran tambahan akan dikenakan kerana pemandu terpaksa mengambil cuti kerja untuk menjalankan tugas tuan.

Pemandu kami mempunyai pengalaman memandu lebih dari 10 tahun dan tidak pernah disabitkan dengan rekod polis dan sebagainya. Berdisiplin, jujur, amanah dan boleh dipercayai adalah etika kerja kami. Kami sedia berkhidmat bagi membantu menyelesaikan masaalah anda!

Syarat-syarat khidmat ini:

- Warganegara Malaysia atau asing yang mempunyai Kad Pengenalan/passport yang sah sahaja.

- Barangan/dokumen yang dihantar bukanlah bahan larangan undang-undang Malaysia seperti dadah, senjata dan sebagainya. Barangan tersebut haruslah boleh diperiksa oleh pemandu kami ataupun pihak berkuasa bagi menentukan jenis dan tahap keselamatannya sebelum dihantar ke lokasi tuan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab dan berkompromi sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak mematuhi syarat ini.

- Bukan juga bertujuan melakukan jenayah dan lain-lain hal yang melibatkan kesalahan dalam pembabitan agama.


Cara untuk menggunakan perkhdimatan ini:

Telefon kami di talian 013-6068441. Kami akan berjumpa tuan di lokasi dan akan mengambil deposit 50% dari jumlah caj yang dipersetujui. Sesudah melaksanakan tugasan, baki selebihnya harus diserahkan selepas dokumen/barangan sampai ke destinasi. Jangan bimbang, harga perkhidmatan boleh dirunding mengikut keadaan masa dan sebagainya.

Penting!!!

Tuan/puan juga harus menandatangani surat akujanji dengan menurunkan tandatangan dan cap jari bagi membuat akuan orang/barangan/dokumen tidak menyalahi undang-undang.
 
kalau orang post dadah.. camne bro?.. nahas kalau ade road block ...
 
ada syarat dan term dia bos..:D:D:D..driver bole check dulu dan sebagainya:D:D:D

baru baru ni kawan aku terkena,,dia jadi driver utk hantar perempuan..ingatkan awek customer rupa rupanya baru dijual pd orang lain..so hati hati bro...
 
bagus servis ni...

macam cite "The Transporter"

rule no 1. never open the package...
rule no 2. never package the open
rule no 3. repeat rule no. 1 and no 2
 
:)):)):))..Syukur Alhamdulillah....my first costumer aku budak CG jugak rupanya...:)):)):))

Semalam aku memulakan khidmat yg pertama aku. Bawa costumer round KL dan hantar beliau di Senawang. Sepatutnya tambang aku caj pergi balik iaitu spedo meter round KL dan hantar ke Senawang dan juga termasuk dari Senawang ke Setiawangsa, KL...tapi aku bagi separuh harga sbb beliau kenal aku dan first costumer pulak tu..:D:D:D...Takper bro, kita kawan2, no hal la...

Utk next service, caj dikira dari mula aku di Setiawangsa dan hingga aku berakhir ke Setiawangsa juga. Sebab caj ni termasuk harga minyak, tol, parking dll...:D:D:D..

Costumer aku ni pun mulanya jumpa iklan aku dalam mudah, tp bila jumpa dengan dia dan dia kenal kereta aku dlm thread yg aku buka...pastu terus jadi friend aku..:)):)):))

Ok, sesapa lagi nak servis aku ni, bole mohon sekarang. Group aku sentiasa berkhidmat!!!:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register