RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
The Shore Oceanarium ini terletak di dalam The Shore Shopping Complex. Ianya antara salah satu tempat tarikan yang kian popular di Melaka, ia merupakan hasil kerjasama bersama Jabatan Perikanan Melaka. Di sini terdapat pelawat boleh melihat pelbagai spesies hidupan laut disamping mengenali nama saintifik serta habitat haiwan tersebut.
Selain dapat melihat hidupan laut dengan lebih dekat, The Shore Oceanarium menawarkan banyak aktiviti menarik yang lain. Antaranya adalah seperti aktiviti Junggle Quest, Ocean Journey, Dangerous Marine Species yang mana ia mendedahkan jenis-jenis hidupan laut yang merbahaya, Kampung Penyu serta banyak lagi.
Sebenarnya sangat menarik untuk berkenalan dengan hidupan laut, hidupan laut merupakan anugerah semula jadi yang tidak terperi cantiknya dan mereka masih kekal sebagai satu misteri besar dalam kehidupan manusia.
Aktiviti Menarik
- Interactive Touch Pool – Anda boleh merasai kulit ikan bintang, gamat, landak laut dan jerng buluh.
- Magic Aquarium
- Jungle Quest- Mengetahui lebih lanjut mengenai reptilia, ular, katak, rama-rama, Serangga dan haiwan kecil lain seperti Hedgehog.
- Ocean Journey – Merupakan aktiviti utama dimana terbahagi kepada beberapa stesen iaitu Oceanarium Theater, Shark Quest, Sea Shell Museum, Marine Fishes & coral exhibits. Anda juga boleh berjalan di bawah terowong untuk melihat keindahan dasar laut.
- Ocean Theatre – Tempat pertunjukkan memberi makanan dan bertindak sebagai ruang pelbagai fungsi.
- Shark Quest – Tempat mengetahui dan mempelajari mengenai jerung.
- Sea Shell Museum – Terdapat lebih daripada 100 jenis sea shell daripada seluruh dunia yang boleh anda lihat.
- River Story – Belajar tentang ekosistem sungai di seluruh dunia yang mempamerkan spesies ikan yang berbeza di rantau sungai yang berbeza.
- Dangerous Marine Species – mendidik anda tentang ikan laut spesies berbahaya. Seperti lionfish, ikan batu, puffer, moray belut & sebagainya.
- Living Fossil
- Fun Freakish
- Kampung Penyu