TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Ia satu senario yang common, frustrating dan membingungkan.
Anda mengalami simptom sakit dada dan pening.
Semua doctor yang anda jumpa bagitau anda ada masaalah angin sebab ECG anda elok dan anda juga lulus stress test di klinik pakar.
Pakar jantung anda bagitau tak usah bimbang.
ECG pattern masa stress tu hanya menunjukkan sedikit kelainan dan anda tak perlu bimbang.
Anda kan masih muda.
Lagipun paras kolestrol anda juga normal.
Bacaan paras gula pun borderline sahaja.
Dan anda sentiasa bersenam walaupun tidak heavy seperti ke gym ataupun bermain futsal.
Berat badan anda tak memungkinkan anda buat aktiviti lasak begitu.
Anda juga minum air 2-3 liter sehari sampai nak muntah dan kencing sepanjang hari.
Nanti doktor marah lagi kalau anda kurang minum air walaupun badan mula nampak sembab dan anda rasa tak selesa ke tandas setiap 2 jam hingga mengganggu waktu tidur.
Takpe.
Inilah pengorbanan namanya untuk jadi sihat..
Mungkin berbasikal pulak selepas ni sebab itu trend di tempat anda.
Anda pulang dengan segugus ubat angin yang hanya beri kelegaan sementara.
Doctor juga bagitau bahawa lebih baik anda makan jugak ubat kolestrol dan low dose aspirin untuk mencairkan darah.
Anda ada sejarah keluarga sakit jantung dan diabetes.
Manalah tahu anda mungkin juga sakit jantung.
Dan sejak anda makan ubat pencair darah, anda mula rasa loya gastrik.
Perut sentiasa lapar dan anda tak dapat elak dari membawa bekalan makanan kemana saja anda pergi.
Mana tahu datang serangan gastrik tiba2 dan anda boleh bersedia jika ia datang .
Lutut pula mula sakit sejak makan ubat kolestrol.
Statin tersebut dah sapu lemak di sendi anda juga.
Anda dah malas jumpa doctor.
Lebih mudah ke farmasi sebab pilihan ubat lebih banyak dan anda tak perlu menunggu lama dan diberi ubat yang anda mungkin tak suka.
Di farmasi anda bebas memilih.
Glucosamine pelbagai jenama ditawarkan.
Beserta ubat tahan sakit lutut serta ubat gastrik.
Dan melalui beberapa group socmed anda dapat tahu bagus makan kolagen untuk kesihatan sendi.
Hmm...kopi kolagen bunyinya menarik.
Setelah beberapa bulan anda makan kopi kolagen anda mula rasa kelainan kulit(kulit jadi tegang-sounds like a good reaction sebab kolagen membantu menegangkan kulit yang kendur).
Namun tak lama lepas tu anda rasa tak selesa sebab kulit yang tegang mula jadi keras.
Anda akhirnya ke doctor semula dan doctor diagnos anda mendapat sakit scleroderma (abnormally collagen metabolism) akibat over consumption of collagen.
Anda sudah dalam panic mode..
Anda fikir anda dah buat segalanya untuk kesihatan anda dan sanggup berbelanja beli supplemen untuk pelaburan kesihatan anda .
Lagipun anda juga buat penyelidikan dan semua yang di tawarkan ada anda adalah berdasarkan kajian sains.
Sains yang bagitau bagus untuk makan statin ubat kolestrol untuk elakkan saluran darah tersumbat.
Sains jugak bagitau elok biar darah tu lebih cair supaya boleh flow smoothly.
Sains bagitau kolagen adalah glue bagi semua tissue badan anda agar anda jadi utuh.
Bukankah memadankan simptom dan ubat tu lebih mudah di fahami dan straightforward.
Satu ubat untuk satu simptom ataupun mungkin beberapa ubat untuk satu simptom supaya anda lebih cepat pulih.
Namun nampaknya semua tidak menjadi..
Sakit jantung, gatrik, sendi, scleroderma dan depression, all in one dalam masa yang singkat.
Anda mula fikir anda akan mati tidak lama lagi.
Lebih baik berhenti kerja duduk dalam bilik dan bertafakur di kelilingi oleh ubatan dan supplemen serta minum jus yang di sediakan oleh orang tersayang anda.
Even that doesn’t work..
Anda diberi pelbagai nasihat dan mencari pelbagai maklumat .
Anda jumpa segalanya tentang ubat.
Anda hanya tak jumpa sesiapapun bercerita dengan mendalam tentang penyebab.
Anda hanya lupa satu perkara saja yang paling asas...
“Segala penyakit yang anda hadapi adalah di cipta oleh diri anda sendiri !”
Apa yang anda perlu buat ialah
—>STOP DOING ANYTHING!
And START THINKING,REFLECTING..
Di mana silap saya?
Apa yang saya telah buat pada diri saya hingga saya jadi begini?
Apa yang saya makan saban pagi dan seterusnya hingga ke malam?
Apakah yang saya minum dari saya mula bangun hingga ke tengah malam?
Apa signal yang diberi oleh badan saya untuk beritahu saya tentang punca penyakit saya?
Apakah sayuran yang saya makan ini benar2 membantu saya?
Adakah susu yang saya minum ini benar2 hanya memberi kebaikan pada saya dan sedikitpun tidak memberi masaalah pada saya?
Adakah supplemen yang saya ambil itu benar2 apa yang mereka katakan?
Apakah sumber dan kualitinya?
Adakah berat badan saya ini yang hampir mencecah 100kg ini tidak menyumbang apa2 pada masalah saya?
Bila kali terakhir saya berpuasa sunat?
Bila kali terakhir tapak kaki saya menyentuh bumi dan badan saya di jamah matahari?
Bila kali terakhir lena tidur sejurus lepas meletakkan kepala?
Jawapan bagi penyakit anda adalah menanya soalan2 keras yang selalunya tak akan dapat di jawab dengan mudah dan straight forward.
Sebab anda tersendiri dari segi tindakbalas anda pada apa saja yang anda bawa ke dalam perut anda.
Baca post “Our body the Great chemistry lab”.
Anda tak ingin ambil “The Road less Travelled”.
Ia sukar sebab tiada yang ingin bercakap mengenainya.
Ia subjektif.
Tak banyak sains yang membuat kajian mengenainya pun berbanding dengan ubatan dan produk..
Oleh itu sahabat2 yang saya kasihi sekalian, marilah sedikit demi sedikit mengutip ilmu di jalan yang berliku.
Berpandukan cahaya wahyu .
Dan sebarkan sejauh2nya pada seramai mungkin ummat, di mana saja anda rasa ia menyentuh hati anda.
Dengar suara di dalam hati lebih banyak berbanding dengan perkiraan dalam otak anda.
Otak ini sudah lama di implan dengan ilmu andaian.
Biar suara di dalam memandu anda hingga akhirnya akal pun akan seiring dengan ilmu yang baru.
Stay Connected
#Zentse
Dr Razin Jaafar