BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

The Expendables 3 lebih mantap!

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image%2B(1).jpg

SELEPAS kejayaan dua filem terdahulu iaitu “The Expendables” pada tahun 2010 yang berjaya meraih kutipan sehingga USD275 juta dan “The Expendables 2" (2012) yang juga berjaya meraih kutipan lebih daripada USD300 juta di seluruh dunia.

Kini, The Expendables 3 kembali dengan jalan cerita yang lebih mantap. Kali ini ia diarahkan oleh Patrick Hughes. Filem ini ditulis oleh Creighton Rothenberger, Katrin Benedikt bersama Sylvester Stallone yang juga teraju utama filem ini.

Ia satu susulan bagi filem aksi The Expendables 2, dan filem ketiga bagi francais filem The Expendables. Menariknya mengenai filem ini, selain mengekalkan muka lama seperti Stallone, Jason Statham, Jet Li, Dolph Lundgren, Randy Couture, Terry Crews, dan Arnold Schwarzenegger.

Filem ini juga turut menampilkan muka baru iaitu Kellan Lutz, Ronda Rousey, Glen Powell, Victor Ortiz, Robert Davi, Kelsey Grammer, Wesley Snipes, Mel Gibson, Antonio Banderas dan Harrison Ford.

Ia ibarat gabungan lama dan baru yang bergandingan bahu di dalam filem ini.

Setelah tampil memukau dalam filem terdahulu, The Expendables 3 kembali menghimpun sejumlah besar megastar Hollywood seperti Sylvester Stallone, Jason Statham, Jet Li, Dolph Lundgren, Arnold Schwarzenegger, Wesley Snipes, Antonio Banderas, Mel Gibson, dan Harrison Ford.

Seperti biasa, permulaan filem ini sudah cukup dramatik dengan aksi pertempuran senjata biarpun ianya baru minit pertama filem ini berjalan.

Babak-babak mencemaskan ini juga secara tidak langsung berjaya mengunci perhatian penonton agar terus setia menyaksikan filem yang turut dibintangi Terry Crews, Kellan Lutz, Randy Couture, Glen Powell, Kelsey Grammer, Victor Ortiz, Robert Davi, dan Ronda Rousey.

Kali ini Expendables melawan seorang pengedar senjata antarabangsa bernama Conrad Stonebanks. Dia merupakan bekas ahli Expendables yang mula-mula menubuhkan kumpulan tersebut dan disangka telah dibunuh oleh Barney (Stalone).

Stonebanks kemudiannya menjadi seorang peniaga senjata kejam dan seseorang yang Barney terpaksa bunuh. Stonebanks, yang dapat menyelamatkan diri dari kematian sebelum ini, mempunyai misi untuk menghapuskan kumpulan The Expendables.

Tetapi Barney mempunyai rancangannya juga iaitu memburu Stonebanks dan menyerahkannya kepada CIA.

Namun kecederaan yang dialami Hale Caesar (Crews) menyebabkan Barney nekad membubarkan kumpulannya kerana tidak mahu rakan-rakan baiknya mendapat kecederaan atau mati dalam pertempuran.

Dek kerana desakan CIA yang mahu Barney mendapatkan Stonebanks, dia merekrut individu yang lebih muda, pantas dan celik teknologi.

Misi terbaru mereka kali ini menjadikan pertembungan klasik berbanding kepakaran berteknologi tinggi dalam pertempuran yang paling peribadi.

Secara keseluruhan, apa yang penulis simpulkan di dalam siri ketiga Expendables ialah aksi-aksi yang lebih mantap dan seperti biasa melibatkan senjata api, bom, pertempuran yang lebih dahsyat berbanding pertempuran dalam filem Expendables sebelum ini.

Malah kali ini juga, lebih banyak letupan-letupan yang melibatkan misil dari udara dan darat. Apatah lagi dengan melibatkan kereta kebal membuatkan babak pertempuran kelihatan cukup dramatik.

Selain itu, penglibatan pelakon-pelakon terutamanya pelakon muda yang menyertai Expendables mencantikkan filem ini.

Biarpun tidak dapat mengekspresikan emosi secara berlebihan melainkan Lutz yang sejak awal disifatkan sebagai seorang yang keras kepala dan suka bertanya, pelakon muda lain dilihat hanya menonjol menerusi aksi, termasuk Lutz.

Secara tidak langsung antara empat bintang muda yang menyertai Expendables, Lutz kelihatan mempunyai babak yang lebih banyak melibatkan aksi dan permainan emosi.

Manakala bagi hero-hero lama, tidak ada yang perlu dipertikaikan lagi mengenai lakonan dan aksi mereka kerana seperti biasa mereka memberi aksi-aksi yang cukup mantap biarpun usia masing-masing sudah melangkaui setengah abad.

Selain itu, kehadiran Gibson juga biarpun menerusi watak antagonis cukup untuk menarik perhatian penonton dan membuatkan penonton berasa menyampah dengannya.

Di sebalik sikap bersahaja, kelebihan Gibson menampilkan muka yang bengis dan kadangkala bersikap psiko membuatkan dia berjaya mengemudi watak Conrad Stonebanks dengan cukup baik.

Manakala kehadiran Banderas yang memainkan watak Galgo juga berjaya menarik perhatian kerana dia menceriakan filem ini dengan gelagat dan dialognya yang pelat Sepanyol.

Dan seperti biasa atau seperti dalam mana-mana filem Expendables, jalan ceritanya mudah dan tiada selok-belok yang memeningkan.

Bagaimanapun kali ini, jalan cerita diolah sedikit dengan permainan emosi apabila penyingkiran orang lama dan digantikan dengan orang baru.

Secara tidak langsung ia memberi tarikan yang berbeza dalam filem-filem Expendables sebelum ini.

Selain itu, apabila ke babak aksi dan pertempuran seperti biasa ia akan membuatkan penonton berasa tidak senang duduk untuk melihat babak-babak pertempuran dan secara tidak langsung akan membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan terjadi seterusnya dan seterusnya.

Manakala dari sudut gerak kerja produksi, apa yang penulis katakan filem Expendables mempunyai satu kumpulan yang cukup baik.

Cuma sedikit kecacatan dapat dilihat dari sentuhan Imej Janaan Komputer (CGI) membabitkan letupan, namun ia tidak kelihatan secara langsung kerana diselang-selikan dengan babak pertempuran.


Dalam pada itu, di sebalik pertempuran demi pertempuran yang cukup memukau mata, Hughes turut menyelitkan mesej-mesej tersirat di dalam filem ini.

Selain memahami erti sebenar persahabatan, filem ini juga turut menyelitkan mesej betapa pentingnya orang lama memberi kepercayaan kepada orang muda untuk mengemudi sesuatu pasukan.

Bukan kerana orang lama tidak hebat tetapi kerana ada dalam satu-satu masa, sentuhan orang muda lebih diperlukan.

Selain itu, betapa pentingnya mempunyai sikap saling mempercayai dalam satu pasukan dan hormat-menghormati.

Justeru, bagi anda yang ingin mengetahui perjalanan lanjut mengenai filem ini dan berjayakah Barney mengalahkan Stonebanks dan bagaimana pula dengan ahli Expendables yang lain, jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.

* Ketika penggambaran melibatkan babak di atas trak, Jason Statham hampir mengalami kemalangan maut, apabila trak yang dinaikinya menjunam ke dalam laut kerana masalah brek.

* Sylvester Stallone menawarkan watak sokongan kepada Jackie Chan tetapi Chan menolak kerana dia mahu menjayakan peranan utama. Begitu juga dengan Steven Seagal yang turut menolak untuk menjayakan francais ketiga ini.

* Selain menjayakan watak antagonis, Mel Gibson sebenarnya telah ditawarkan untuk mengarahkan filem ini, namun dia menolak.

* Dwayne Johnson antara nama yang sebenarnya tersenarai sebagai salah seorang pelakon sekuel ketiga ini.

* Biarpun belum ditayangkan, namun filem ini mengalami kebocoran apabila dimuat naik di Internet tiga minggu sebelum tarikh tayangannya. Difahamkan ia telah dimuat turun 189,000 kali pada 24 jam pertama selepas kebocoran.

* Sylvester Stallone pada mulanya melamar Wesley Snipes bagi menjayakan salah satu watak di dalam filem berkenaan. Namun kerana terlibat dengan kes mahkamah, Snipes terpaksa menolak dan peranannya digantikan oleh Terry Crews bermula di The Expendables (2010) lagi. Namun Snipes tetap terlibat dengan Expendables dan mendapat watak sebagai “Surgeon” tidak lama selepas pembebasan dia dari penjara.

* Walaupun diuar-uarkan sebagai salah seorang pelakon dan turut melalui proses promosi, Jet Li terlibat hanya lima minit dalam filem berkenaan.

* Dalam draf pertama karakter Antonio Banderas, wataknya dinamakan “Matador” (bahasa Sepanyol untuk “pembunuh”). Selepas Banderas bersetuju untuk bermain peranan, dia membuat beberapa cadangan untuk karakter. Salah satu nama bagi wataknya adalah “Galgo” (bahasa Sepanyol untuk “anjing greyhound”) dan produksi bersetuju dengannya.

* Arnold Schwarzeneggerbuat pertama kalinya bekerja lebih daripada seminggu bagi penggambaran filem ini. Ini kerana ketika filem pertama Schwarzenegger bekerja separuh hari, dan di filem kedua dia di set selama empat hari.

* Nicolas Cage adalah nama yang disebut-sebut menjayakan watak Bonaparte selepas Kelsey Grammer disingkirkan.

* Ini ialah filem pertama dalam siri Expendables yang panjang di mana durasi filem ini melepasi dua jam.

http://www.cari.gold/2014/08/the-expendables-3-lebih-mantap.html
 
dah tengok dah, team baru ganti team tua.

last team tua datang tolong.

best jugak.
 
okelah cite nie, not bad..awek pon care la jugak, cume lack of emotion cket berbanding yg no 2..yg ini lebih pade komedi action (pak lawak tue mcm familiar)
 
Last edited:
Yg bocor tu ada sesapa yg dah download?

Siapa tau kualitinya?
 
Back
Top
Log in Register