alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
GEORGETOWN: Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang, Tham Weng Fatt, 54, mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti serta menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM), berkuat kuasa serta merta.
Tham yang menyertai DAP lebih 22 tahun itu berkata, keputusan berkenaan diambilnya selepas beliau tidak sehaluan dengan kepimpinan parti yang tidak menjaga kepentingan rakyat sejak memerintah negeri ini pada Mac 2008, lalu.
Beliau berkata, surat peletakan jawatan dan keluar parti itu akan diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, dalam tempoh tiga hari.
"Keputusan itu adalah muktamad dan ia dilakukan oleh saya sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa. Walaupun berat, namun, tindakan tetap diteruskan disebabkan saya tidak sehaluan dengan DAP," katanya.