BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thaksin akan pulang

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
BANGKOK - Kabinet Thailand kelmarin meluluskan draf cadangan memberi pengampunan kepada penjenayah sempena ulang tahun kelahiran Raja Thailand, bulan depan.

Tindakan itu dikritik hebat pembangkang yang mendakwa, ia dibuat sebagai persediaan membawa pulang bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam buangan di Dubai.

Media Thailand semalam melaporkan, cadangan itu dibuat secara sulit dan kerajaan serta menteri terlibat enggan memberi penjelasan lanjut.

Menurut laporan media, Perdana Men*teri Thailand, Yingluck Shinawatra yang juga adik kepada Thaksin tidak hadir dalam mesyuarat Kabinet itu sebaliknya ia dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yubamrung.

Seorang menteri yang enggan dikenali mengesahkan kerajaan mahu memohon pengampunan bagi 26,000 penjenayah semasa ulang tahun Raja Bhumibol Adulyadej, 5 Disember depan.

Jika cadangan itu diluluskan, penjenayah berumur sekurang-kurangnya 60 tahun dan dihukum penjara kurang tiga tahun layak mendapat pengampunan termasuk penjenayah yang disabit atas kesalahan rasuah.

Kriteria itu akan melayakkan Thaksin yang didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan untuk mendapatkan pengampunan tanpa perlu menjalani walau sehari daripada hukuman penjara beliau.

Thaksin, 62, disabit bersalah pada 2008 atas dakwaan menyalahguna kuasa dengan membantu bekas isterinya, Potjaman Na Pombejra untuk membeli tanah di kawasan Ratchadaphisek di Bangkok pada 2003.

Beliau melarikan diri ke luar negara sebelum keputusan mahkamah dikeluarkan dan hidup sebagai pelarian sejak itu.

image.jpg

sumber
 
bukan dh balik ke dlm tv smalam dok sujud2 kat airport
 
Back
Top
Log in Register