lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Tetamu Tak Diundang Di Stesen Vostok (Kutub Selatan - Antartika)
Suhu kat sini cecah -80°C… Kalau meludah, air liur akan terus beku sebelum sampai tanah.
Ia adalah tempat paling sejuk, paling sunyi, dan paling isolated di muka bumi selain gurun,…
Kat sini, musuh bukan setakat hantu, tapi kesunyian tu sendiri boleh buat orang nampak benda bukan-benda.
Pernah tengok tak filem masterpiece ‘The Thing’ (1981) arahan John Carpenter? Ia bermain dengan konsep 'doppelganger paranoia' - bila kita dah tak tahu siapa kawan, siapa momok sebab ada entiti yang boleh tiru rupa sesiapa saja sebijik serupa.
Pengalaman kat bawah ni adalah kisah benar yang ditokok-tambah sikit dalam ‘ramuan’ urban legend saintis di sana.
Dan ia ada satu ciri persamaan dgn filem tu - mimic/peniru.
Musim sejuk di Antartika bermaksud 6 bulan malam. Matahari tak terbit langsung. Gelap gelita 24 jam.
Stesen Vostok ni terputus hubungan fizikal dengan dunia luar. Kapal terbang tak boleh mendarat sebab minyak akan beku. Diorang stuck kat situ berbulan-bulan lamanya.
Malam tu, ribut salji sedang melanda. Angin melolong kat luar macam suara orang meraung.
Dr. Yuri (Doktor dan ketua penyelidik kat stesen tu) tengah lepak kat kantin, minum kopi panas. Tiba-tiba Mikhail (Radio Operator) masuk kalut-kalut dengan muka pucat.
Mikhail: "Doktor... sensor pintu luar (airlock) menyala."
Dr. Yuri: "Mustahil. Siapa je yang nak datang tengah ribut buta ni? Beruang kutub pun tak duduk sini. Sensor rosak kot sebab sejuk sangat."
Mikhail menggeleng.
Mikhail: "Tak. Saya dengar ketukan. Ada benda ketuk pintu besi tebal tu. Tiga kali."
Bunyi ketukan tu bergema satu stesen besi tu. Semua krew (ada 12 orang) terdiam dan saling berpandangan.
Aneh betul... Siapa yang boleh survive kat luar suhu -80°C, tengah ribut, dan datang ketuk pintu stesen yang terletak di tengah-tengah ‘gurun ais’ kosong?
Dr. Yuri dan Mikhail segera ambil kapak dan flare gun, pergi ke pintu utama (airlock).
Diorang tengok skrin kamera litar tertutup (CCTV) kat luar.
Gambar berpasir sebab ribut, tapi diorang nampak satu susuk tubuh.
Susuk tubuh tu tinggi, pakai sut tebal yang lusuh... tapi dia tak pakai topeng muka.
Dia berdiri tegak menghadap kamera. Muka dia... putih melepak macam ais. Hidung dan telinga dia dah tak ada (macam kena frostbite sampai putus), tapi mata dia hitam pekat.
Mulut dia terbuka luas, seolah-olah tengah menjerit, tapi tak ada wap nafas keluar.
Mikhail: "Itu bukan manusia... Itu The Organism 46-B..." (Legenda sotong purba yang boleh menyamar jadi manusia).
Tiba-tiba, susuk tubuh tu mendongak pandang tepat ke lensa kamera CCTV.
Dan dia tersenyum.
Bibir dia merekah pecah, menampakkan gigi yang runcing macam jarum ais.
Interkom stesen tiba-tiba berbunyi. Suara statik yang kuat.
"Buka... bagi aku masuk... aku kawan Mikhail..."
Benda alah tu meniru suara Mikhail yang tengah berdiri kat sebelah Dr. Yuri!
Mikhail dah menggigil lutut. "Jangan buka! Jangan buka!" Teriaknya.
Benda tu mula hentak pintu besi tu dengan kepala dia sendiri.
‘DANG! DANG! DANG!’
Kuat gila, macam besi berlaga besi.
Dr. Yuri jerit kat semua orang suruh halang pintu sebab takut ia tak dapat bertahan. Diorang terus welding pintu tu dari dalam malam tu jugak.
Sepanjang malam, diorang dengar bunyi cakaran kat dinding besi stesen tu. Benda tu cari jalan masuk. Dia panjat bumbung, dia ketuk tingkap yang mujurlah memang dah ditutup besi.
Esok paginya ribut pun dah reda… lepas check CCTV, diorang keluar nak tengok keadaan.
Tak ada jejak kaki langsung.
Tapi kat pemegang pintu besi tu... besi pemegang tu bengkok dan ada kesan lendir beku berwarna hijau yang berbau hanyir.
Sampai hari ni, saintis kat Vostok percaya, di bawah lapisan ais tebal Tasik Vostok tu, ada "benda" purba yang kadang-kadang bangun bila lapar.
Trivia dan Sedikit Fakta
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-
Suhu kat sini cecah -80°C… Kalau meludah, air liur akan terus beku sebelum sampai tanah.
Ia adalah tempat paling sejuk, paling sunyi, dan paling isolated di muka bumi selain gurun,…
Kat sini, musuh bukan setakat hantu, tapi kesunyian tu sendiri boleh buat orang nampak benda bukan-benda.
Pernah tengok tak filem masterpiece ‘The Thing’ (1981) arahan John Carpenter? Ia bermain dengan konsep 'doppelganger paranoia' - bila kita dah tak tahu siapa kawan, siapa momok sebab ada entiti yang boleh tiru rupa sesiapa saja sebijik serupa.
Pengalaman kat bawah ni adalah kisah benar yang ditokok-tambah sikit dalam ‘ramuan’ urban legend saintis di sana.
Dan ia ada satu ciri persamaan dgn filem tu - mimic/peniru.
Lokasi: Stesen Penyelidikan Vostok, Antartika (Stesen milik Rusia).Musim sejuk di Antartika bermaksud 6 bulan malam. Matahari tak terbit langsung. Gelap gelita 24 jam.
Stesen Vostok ni terputus hubungan fizikal dengan dunia luar. Kapal terbang tak boleh mendarat sebab minyak akan beku. Diorang stuck kat situ berbulan-bulan lamanya.
Malam tu, ribut salji sedang melanda. Angin melolong kat luar macam suara orang meraung.
Dr. Yuri (Doktor dan ketua penyelidik kat stesen tu) tengah lepak kat kantin, minum kopi panas. Tiba-tiba Mikhail (Radio Operator) masuk kalut-kalut dengan muka pucat.
Mikhail: "Doktor... sensor pintu luar (airlock) menyala."
Dr. Yuri: "Mustahil. Siapa je yang nak datang tengah ribut buta ni? Beruang kutub pun tak duduk sini. Sensor rosak kot sebab sejuk sangat."
Mikhail menggeleng.
Mikhail: "Tak. Saya dengar ketukan. Ada benda ketuk pintu besi tebal tu. Tiga kali."
'TOK... TOK... TOK...'Bunyi ketukan tu bergema satu stesen besi tu. Semua krew (ada 12 orang) terdiam dan saling berpandangan.
Aneh betul... Siapa yang boleh survive kat luar suhu -80°C, tengah ribut, dan datang ketuk pintu stesen yang terletak di tengah-tengah ‘gurun ais’ kosong?
Dr. Yuri dan Mikhail segera ambil kapak dan flare gun, pergi ke pintu utama (airlock).
Diorang tengok skrin kamera litar tertutup (CCTV) kat luar.
Gambar berpasir sebab ribut, tapi diorang nampak satu susuk tubuh.
Susuk tubuh tu tinggi, pakai sut tebal yang lusuh... tapi dia tak pakai topeng muka.
Dia berdiri tegak menghadap kamera. Muka dia... putih melepak macam ais. Hidung dan telinga dia dah tak ada (macam kena frostbite sampai putus), tapi mata dia hitam pekat.
Mulut dia terbuka luas, seolah-olah tengah menjerit, tapi tak ada wap nafas keluar.
Mikhail: "Itu bukan manusia... Itu The Organism 46-B..." (Legenda sotong purba yang boleh menyamar jadi manusia).
Tiba-tiba, susuk tubuh tu mendongak pandang tepat ke lensa kamera CCTV.
Dan dia tersenyum.
Bibir dia merekah pecah, menampakkan gigi yang runcing macam jarum ais.
Interkom stesen tiba-tiba berbunyi. Suara statik yang kuat.
"Buka... bagi aku masuk... aku kawan Mikhail..."
Benda alah tu meniru suara Mikhail yang tengah berdiri kat sebelah Dr. Yuri!
Mikhail dah menggigil lutut. "Jangan buka! Jangan buka!" Teriaknya.
Benda tu mula hentak pintu besi tu dengan kepala dia sendiri.
‘DANG! DANG! DANG!’
Kuat gila, macam besi berlaga besi.
Dr. Yuri jerit kat semua orang suruh halang pintu sebab takut ia tak dapat bertahan. Diorang terus welding pintu tu dari dalam malam tu jugak.
Sepanjang malam, diorang dengar bunyi cakaran kat dinding besi stesen tu. Benda tu cari jalan masuk. Dia panjat bumbung, dia ketuk tingkap yang mujurlah memang dah ditutup besi.
Esok paginya ribut pun dah reda… lepas check CCTV, diorang keluar nak tengok keadaan.
Tak ada jejak kaki langsung.
Tapi kat pemegang pintu besi tu... besi pemegang tu bengkok dan ada kesan lendir beku berwarna hijau yang berbau hanyir.
Sampai hari ni, saintis kat Vostok percaya, di bawah lapisan ais tebal Tasik Vostok tu, ada "benda" purba yang kadang-kadang bangun bila lapar.
Trivia dan Sedikit Fakta
- Antarctic Isolation Syndrome:
- Saintis kat sana memang selalu kena halusinasi sebab terkurung lama sangat (cabin fever) dan tak nampak matahari. Otak mula cipta "kawan" atau "musuh".
- Tapi kesan besi bengkok tu... halusinasi ke?
2. Organism 46-B:
- Ini adalah teori konspirasi popular Rusia. Kononnya saintis jumpa sotong gergasi purba di Tasik Vostok yang boleh melumpuhkan mangsa dari jauh guna bisa (macam hipnosis) dan boleh mimic/meniru bentuk penyelam dalam tasik.
3. Ketukan Tanpa Jejak:
- Fenomena bunyi ketukan di dinding stesen ni memang selalu dilaporkan. Saintis kata tu bunyi ais merekah sebab perubahan suhu. Tapi bunyi dia sebiji macam orang ketuk pintu nak masuk…

Last edited: