orange_1412
Fun Poster
- Messages
- 647
- Joined
- Apr 2, 2013
- Messages
- 647
- Reaction score
- 1
- Points
- 15
Keliru dan tertipu. Begitulah keadaan pengguna yang tidak menyedari kedai makan atau restoran mamak yang dikunjungi tidak mempunyai label halal meskipun lengkap dengan perhiasan al-Quran dan pekerja yang siap bersongkok ketika mengambil pesanan makanan.Bagi penduduk Ijok, Mohd Maskor Tumiran, dia agak terkejut apabila terlewat menyedari dirinya menikmati minuman di sebuah restoran mamak palsu apabila melihat beberapa insiden termasuk layanan pekerja yang tidak fasih bahasa Melayu."Apabila saya mahu memesan minuman, saya lihat pekerja itu lain macam sahaja dan seperti tidak tahu bahasa Melayu. Bila saya meneliti, rupa-rupanya pekerjanya hindu termasuk juga tukang masak roti canai menyebabkan saya tidak lalu makan."Jika kita lihat betul-betul, mereka tidak ubah seperti India Muslim sahaja tetapi gaya percakapan dan pemakaian yang berantai atau bertatu boleh membezakan mereka sekali gus menjadi pengajaran buat diri supaya diri lebih berhati-hati selepas ini," katanya. -Sinar Harian
p/s : hati2 mkn kedai mamak..
Last edited:
