eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menentukan sama ada beliau perlu dikekalkan dalam Kabinet atau sebaliknya.
Menurutnya, beliau secara peribadi tidak akan meletakkan jawatan kerana merasakan telah menjalankan semua tugas yang diamanahkan dalam Kabinet dan juga UMNO sebagai Naib Presiden.
''Saya tidak melakukan apa-apa yang boleh dianggap bercanggah atau mencabar kepimpinan (Abdullah) kerana saya hanya mengingatkan kita dan pimpinan tentang apa yang sebenarnya berbangkit di peringkat akar umbi.
''Terserah kepada Perdana Menteri untuk menilai sama ada ini satu kesalahan besar yang menyebabkan saya harus dihukum seperti yang disarankan oleh banyak sahabat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah Usahawan Wanita kebangsaan 2008 di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas desakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad baru-baru ini supaya beliau meletakkan jawatan jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah.
Baru-baru ini, ketika di Singapura, Muhyiddin telah membuat kenyataan bahawa tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 perlu difikirkan semula berikutan banyak pandangan di peringkat akar umbi yang beranggapan ia terlalu lama.
Beliau berkata, ahli-ahli parti berpendapat satu tempoh masa yang agak sesuai perlu diberikan kepada bakal pengganti Abdullah bagi membolehkannya mengatur strategi dan memperbaiki keadaan negara yang dilihat semakin hari semakin tidak bertambah baik.
Jangan bimbang tak kena pecat punya sebab dia tak ada orang nak gantikan yang ada semua tak boleh pakai macam dia juga