BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tersepit bawah lori tangki

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


LEMAL – Dua remaja bertarung nyawa apabila motosikal ditunggang bertembung lori tangki berdekatan sebuah stesen minyak lalu tersepit antara motosikal dengan tayar lori berkenaan, jam 8.45 malam, kelmarin.

Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Che Kadir Che Ya berkata, mangsa yang terlibat adalah Zulkifli Johari, 26, dan rakannya Mohd Irwan Che Hamid, 20.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa menunggang motosikal dari Pasir Mas menghala ke Bulatan Lemal ketika kejadian dan pihaknya menerima panggilan pada jam 8.49 malam serta bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan lima anggota.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dalam masa lima minit dan kedua-dua mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, mangsa Zulkifli berkata, dia menunggang motosikal bersama rakannya ketika dalam perjalanan pulang ke To Uban.

Menurutnya, mereka tidak menyedari lori tangki berkenaan keluar dari sebuah stesen minyak kerana faktor jalan gelap.

“Saya mengalami kesakitan di bahagian pinggang kerana pernah terlibat dalam kemalangan di Kota Tinggi, Johor September lalu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas, kelmarin. Seorang lagi mangsa, Irwan mengalami luka di bahagian lulut dan tangan kiri, dibenarkan pulang pada hari yang sama.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tersepit-bawah-lori-tangki-1.15040
 
nasib baik ler selamat..kalo ada minyak..kuat sket..silap2 kebaboom
 
aku besa lalu tmpat nii...
mmg bnyk knderaan berat lalu mghala ke tanah merah..
 
lori tu terbalik ke? nasib baik motosikal dapat tahan lori.. kalau kaki yang tahan memang hancuss dah
 
memang teruk la driver lori bawak. td dr shah alam nak masuk nilai ada 2 lorry eksiden terbakar. kat pedas pon ada lori eksiden ekdsiden terbalik atas keta..rasa nak pijak2 jek driver lori yg eksiden nih..derang takpe la tak mati pon..org lain yg kesian
 
Back
Top
Log in Register