BTC USD 83,600.0 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tersedak susu

neocortex

Active Member
Messages
2,355
Joined
Jun 11, 2012
Messages
2,355
Reaction score
78
Points
40
Salam Ahad.

Kepada yang mengenali aku dan biasa dengan kisah arwah anak aku seperti siggy dibawah, mungkin korang akan memahami ralat aku berkenaan bayi atau anak kecil.

Aku rasa hampir setiap bulan ada kisah kematian bayi tersedak susu.
Benar ianya tertulis takdirnya begitu..namun, kesedaran berkaitan ni aku lihat masih kurang walaupun ianya bukan bayi sulung atau anak kecil dalam jagaan kali pertama.
Kat sini aku titipkan artikel berkaitan..
Kredit pada blog Irsyahealthyhouse

Penyusuan: Cara Mengatasi Bayi Tersedak Susu
Assalammualaikum semua,

Topik entry kali ini berkaitan dengan penyusuan. Selain mengetahui ilmu-ilmu penyusuan yang lain, kita juga perlu mengambil tahu bagaimana cara mengatasi sekiranya bayi mengalami tersedak susu. Saya tak tahu nak kata apa mengenai hal ini, benda tak terjadi pada kita kan. Pada ibu-ibu muda diluar sana, saya nak sarankan apabila menyusu anak kalau boleh biarlah dalam posisi sedang duduk dan kalau boleh elakkan posisi ketika berbaring. Kerana sesetengah ibu, pengeluaran susu terlalu banyak walaupun ketika itu bayi tidak menyusu. Hal yang demikian, sangatlah bahaya bagi bayi yang telah tertidur ketika menyusu kerana dikhuatiri peratusan untuk tersedak susu adalah lebih tinggi.

Sebelum saya mengupas lebih lanjut mengenai topik ini, sila lihat antara kes-kes tersedak susu yang dilaporkan di dada-dada akhbar hari ini. Terlalu banyak!

Sebagai ibu yang telah mengandungkan bayi kita selama 9 bulan 10 hari (lebih atau kurang), ia sesuatu yang bukan mudah. Jadi, jagalah anak-anak syurga kita seeloknya. Korbankan sedikit waktu tidur anda untuk memastikan bayi kita selamat.

Cara yang betul beri susu kepada bayi :

Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaliknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelakkan bayi muntah ketika tidur. Caranya dengan meniarapkan bayi dan usap belakang badan sehingga bayi sendawa.

Cara rawatan jika bayi tersedak susu :
Tiarapkan bayi dan kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar dari mulut.
Sekiranya bendasing didalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap ke depan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
Selain menekan bahagian perut, bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Waktu aku buka thread ni, aku dalam perjalanan pulang dari melawat jenazah anak angkat aku Eisya..

10551007_779003882145915_9157397803346709343_n.jpg


*ya, aku tempek gambar ni jap je..esok aku buang balik.
 
Tn.... harap tn tabah yer. Masuk habuk pulak mate ni bile tau kesah tn psl sy ade baby lebih kurang sebaya anak tn.
 
Tn.... harap tn tabah yer. Masuk habuk pulak mate ni bile tau kesah tn psl sy ade baby lebih kurang sebaya anak tn.

Anak angkat saya tu tinggal dengan mak ayah dia kat keramat.
Meninggal kat umah pengasuh.
Baru masuk 6 bulan umurnya.
Panjangnya malam ni..pagi nanti nak dikebumikan.
 
Innalillahiwainnailaihirojiun.. bertabah lah..
 
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْن

Sapa yang ada anak kecik mmg paham keadaan tuan..
 
Sabar tuan, Ada hikmah disebaliknya... InsyaAllah ada sesuatu yang lebih besar menanti
 
Back
Top
Log in Register