BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tersalah landing

noname2display

Banned
Messages
110
Joined
Jun 27, 2008
Messages
110
Reaction score
0
Points
10
Pesawat rempuh pokok
Oleh Kasdi Ali dan Rosdalilah Zahari
[email protected]

IPOH: “Saya baru hendak menjamah makanan bersama bapa dan mak cik di sebuah restoran apabila melihat pesawat berkenaan tiba-tiba melanggar sebatang pokok sebelum terhempas di perkarangan rumah.”

Begitu kata Chia Kwan Hong, 25, saksi kejadian pesawat ringan dua tempat duduk jenis Eagle 150B milik Integrated Training & Services Sdn Bhd (IT&S) yang terhempas di laman sebuah rumah di Taman Cempaka, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, pelatih juruterbang, Ahmad Tarmezee Ahmad Lotpi, 23, dan jurulatihnya, Mohamad Faizal Kamaruddin, 37, parah di muka dan beberapa anggota badan.

Mereka dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.

Menurut Chia, dia melihat sebuah pesawat ringan dipandu begitu rendah dalam keadaan terhoyong-hayang dan menganggap ia mungkin sebahagian daripada latihan.


Katanya, dia hampir tersedak apabila tiba-tiba pesawat itu melanggar sebatang pokok lalu terhempas di halaman sebuah rumah berhampiran restoran tempat mereka makan.

“Saya yang masih bersedih atas kematian nenek tiga hari lalu berlari ke tempat kejadian bersama bapa dan mak cik kerana bimbang keselamatan pemandu pesawat itu.

“Saya bersama bapa terus membantu mengeluarkan dua mangsa yang tersepit. Seorang daripadanya parah di bahagian bawah badan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bapanya, Chia Kook Kheong, 55, berkata dia berusaha menyelamatkan mangsa biarpun menyedari risiko pesawat berkenaan meletup.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendapati enjin pesawat sudah dimatikan dan tiada asap keluar dari bahagian enjinnya. Biarpun bimbang ia meletup, saya memberanikan diri menyelamatkan mangsa.

“Saya sudah merasai perasaan sedih akibat kematian individu disayangi. Biarpun tidak mengenali kedua-dua mangsa, saya enggan membenarkan keluarga mereka merasai perasaan sama,” katanya yang kematian ibu tiga hari lalu.

Seorang kakitangan awam, Rawi Shariff, 55, turut membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam pesawat itu.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan mengambil anak pulang dari sekolah dan ternampak serpihan ekor pesawat di luar rumah terbabit.

“Berkemungkinan besar pesawat itu baru terhempas menyebabkan saya bergegas ke dalam rumah untuk memberi bantuan kecemasan bersama tiga orang awam lain yang berada di situ,” katanya.

Penghuni rumah berkenaan, P Soosila, 49, berkata dia mendengar dentuman kuat dari laman rumah serta suara orang menjerit meminta tolong.

“Ketika kejadian, saya sedang mencuci pinggan di dapur manakala dua cucu berusia lima dan tiga tahun berada di ruang tamu rumah.

“Saya bergegas melihat apa yang berlaku dan kelihatan dua lelaki berlumuran darah terperangkap di dalam pesawat yang terhempas itu,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian, berkata mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pesawat terbabit jenis Eagle 150B dan jurulatih serta pelatih terbabit adalah daripada akademi IT&S. Punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya.
 
nanti tuan tumah tu dapat jual besi buruk
hasil dari bangkai pesawat tu ! :eek:
 
pesawat zaman jepun pakai lg ka?

Eagles ni buatan malaysia..
best utk training lagi utk cadet2 mas,airasia sblum jadi pilot
kat ofis aku, byak juga pesawat ni...
penah tjadi aircraft ni masa nak landing...kat blakang airbus pun tgah nak landing juga...terrible masa tu:D :D
 
Eagles ni buatan malaysia..
best utk training lagi utk cadet2 mas,airasia sblum jadi pilot
kat ofis aku, byak juga pesawat ni...
penah tjadi aircraft ni masa nak landing...kat blakang airbus pun tgah nak landing juga...terrible masa tu:D :D

amik ler sibiji bawa aku makan angin

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:
 
relocate le airport Ipoh tu. baru laa airbus leh landing...:)
 
Back
Top
Log in Register