BTC USD 85,148.9 Gold USD 4,166.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terputus kasih

ada sesaper tak y rasa dia cun,baik soleh utk gantikan tempat bekas tunang tuan tanah nie,boleh mintak borang kat aku,PM je kat aku
 
ada sesaper tak y rasa dia cun,baik soleh utk gantikan tempat bekas tunang tuan tanah nie,boleh mintak borang kat aku,PM je kat aku

nak yg cun jer ke???
adehhhh la...
macam2..

#:-S
 
Pada member2 kat CG saya mintak pandangan dan nasihat,saya baru sahaja putus tunang baru-baru ni.Ini disebabkan orang ketiga, tunang saya telah jatuh cinta dengan boss tempat keje dia yg berstatus suami orang,kami dah bercinta 6 tahun bertunang setahun.Sepatutnya bernikah 24/1/2009

Pada mulanya 3 bulan lalu saya dapat rasakan yang kasih dia berubah tapi saya tak tau lagi angkara orang ketiga tu, sehinggalah saya mohon pada Allah buat sembahyang hajat dan istiqarah mohon petunjuk dan Allah tunjukkan dengan kantoinya SMS lelaki tu yang panggil dia ayang, dia explain yang sms itu tersalah hantar, tapi saya yakin tidak salah hantar memandangkan situasi yang dikatakan dlm sms adalah situasi yg berlaku dirumah, rumah terbuka hari raya.

Jadi terjadilah perang jugak lah, dan akhirnya dia mengaku depan saya yang dia menyayangi lelaki itu yang juga boss dia.Hancur hati saya dan patah hati lalu saya balik ke rumah saya tapi teringat satu perkara"sijil kursus kawin saya ada kat dia" saya patah balik dan minta, dan disitulah dia merayu dan menangis.

Hati lelaki macam saya mudah maafkan orang, so saya terima dia seadanya dan dia berjanji untuk lupakan lelaki tu, tak habis disitu saya call mak saya dikampung cerita masalah dan kami cuba berubat cara kampung, manalah tahu kena sihir ke.

Tapi 2 hari lepas tu dia buat hal lagi, bila pergi keje jumpa boss dia, dia lupa saya.Yang saya paling kesalkan keluarga dia langsung tak berusaha selalu nafikan yang anak dia baik dan tak ada orang ketiga walaupun lelaki tu selalu dtg kerumah ambik tunang saya bawak keluar.Perkara ni berlarutan sehingga kali kelima dia buat hal minta putus tunang dan esoknya pujuk rayu saya.

Kali terakhir kali kelima saya bertekad apa terjadi saya dah tak sanggup tahan sabar dan saya minta pendapat orang memang patut tinggalkan perempuan mcm tu.

Dan perkara itu pun terjadi, sungguh seronok dia hari tu,dan dia bagi tau saya yang isteri boss dia dah izinkan sekiranya nak berkahwin dgnnya, jadi beriya iya dia sakit kan hati saya dan minta putus, walaupun ibunya memujuk ayahnya memujuk dia tetap taknak kawin dengan saya.Saya redha semuanya.Tapi disaat ini Ayah dan ibunya pulak mula kalam kabut nak jumpa Ustaz sana bomoh sini nak ubatkan anaknya tapi tak ada perubahan tetap gilakan lelaki tu. Ayahnya memujuk saya juga tapi hati saya memang dah taknak perempuan yang macam tu hanya menjaga hati orang tua tu sebab ibu dan ayahnya terlalu baik dengan saya, saya memang terharu, saya balik kampung dan berbincang dengan keluarga saya dan kata putus saya, saya tak nak beristerikan perempuan yang senang hatinya berubah pada orang lain, kalau saya kawin dengan dia apa akan terjadi dan sebetulnya tiada jodoh, saya dah berusaha dan berusaha bersabar selama 3 bulan, keluarga saya pun begitu berusaha ubatkan tapi keluarga disaat akhir baru nak buat sesuatu.Saya ceritakan ini bukan nak mengaibkan sesiapa tapi sekadar pengajaran pada yang bercinta, bertunang, berumahtangga. Pada saya tak payahlah bercinta lama lama baung masa buang duit, tak payah la bertunang lama- lama buan karan jer.:-?:D ok Assalamualaikum

simpati utk tuan tanah...

apa2 respek sbb sebagai laki tuan tanah boleh terima tunang tuan tanah sebyk 5 kali b4 putus..

xramai lelaki mcm tu..

doa la byk2..

ada jodoh yg lg baik utk tuan tanah..
 
Back
Top
Log in Register