BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terpinga-pinga polis depan sekolah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_05.1.jpg

AKSI 34 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh di George Town yang dipaksa menolak motosikal hingga ke balai polis semalam.

BALIK PULAU - Gara-gara menunggang motosikal tanpa lesen, seramai 34 pelajar terpaksa menolak kenderaan masing-masing sejauh satu kilometer (km) bermula dari depan Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh hingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) di sini semalam.

Pelajar terdiri daripada penunggang dan pembonceng lelaki serta perempuan itu ditahan dalam Ops Lejang yang diadakan selama setengah jam bermula pukul 2.30 petang di depan sekolah itu.

Ketika itu, kesemua pelajar terbabit baru selesai sesi persekolahan pagi dan terpinga-pinga sebaik polis menyekat motosikal sekali gus mengarahkan mereka mengeluarkan lesen memandu.

Lebih malang lagi, ada dalam kalangan pelajar itu bukan sahaja tiada lesen malah tidak memakai topi keledar. Alasan menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak pakai topi keledar kerana jarak antara sekolah dan rumah terlalu dekat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md. Zin berkata, operasi tersebut diadakan selepas pihaknya mendapat aduan daripada orang awam berhubung salah laku penunggang motosikal dalam kalangan pelajar di kawasan berkenaan.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
 
Last edited:
cari duit lebeh ni.klu diikutkan hampir semua sekolah bdk2 byk yg xde lesen moto.
 
mapuh kerah tolak motor 1km bulan puasa.....huhuhuhu
 
satu km jauh gak menolak.
time aku sekolah harian dulu ramai je mcm ni..
 
ada kemungkinan juga cikgu sekolah yg report nie......
 
no compromise on road safety...ble dah kemalangan nk salah kan ajal maut..:-)
 
terbaik... kekadang bebudak sekolah nih kena gak sekali sekala kena camnih
kalu tak.. samseng gila dok atas jalan...mentang2 pakai baju sekolah..
 
Naye budak tu puase....yg pompn pon rmai ye
 
xleh salahkan polis gk..

mmg bg aku salah budak2 ni mana bleh sukati nak bawak moto dah xde lesen ...

x silap aku dh lps 16 tahun dah bleh apply lesen moto dah ... dah lps umur 16 g la apply lesen...

kalau rs diri tu x ckup umur xlyk dpt lesen lg xyh la bawak moto... nnti kemalangan menyusahkan org pastu salahkan org lain...
 
heheheh. teringat masa sekolah2 dulu. sib baik polis baik. Kasi nasihat jer.
 
Back
Top
Log in Register