BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terperangkap di balkoni

honda_primo

Banned
Messages
5,761
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
KUALA LUMPUR: Jeritan meminta tolong sebaik menyedari asap tebal di luar rumah menyelamatkan empat sekeluarga daripada terperangkap dalam satu kebakaran di Jalan Sentul di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, kebakaran dipercayai berpunca dari stor penyimpanan alat ganti motosikal di tingkat satu bangunan rumah kedai tiga tingkat berhadapan flet Sri Terengganu di sini.

Pegawai Kanan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zakaria Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.39 pagi dan jentera pertama tiba tiga minit kemudian.


“Sejurus tiba, kami mendapati asap tebal di tingkat satu bangunan manakala empat mangsa termasuk ibu dan nenek serta dua kanak-kanak berusia 9 dan 12 tahun meminta pertolongan dari balkoni rumah di tingkat atas kerana gagal membuka pintu jeriji rumah mereka.


“Pihak bomba mengambil masa lima minit untuk memecahkan mangga pintu jeriji yang dikunci dari luar kerana mangsa panik hingga gagal mencari kunci,” katanya.


Menurutnya, kebakaran berpunca dari bahagian tengah tingkat satu bangunan mengakibatkan hampir 60 peratus stor penyimpanan alat ganti motosikal itu musnah.




“Mereka yang terperangkap cedera ringan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Kami menasihati penghuni rumah tidak sekali-kali mengunci jeriji atau pintu dari luar. Keadaan ini sangat bahaya terutama jika berlaku kebakaran seperti ini,” katanya.
 
kadang² sudah nak buat pertimbangan antara pertahanan dari pencuri dan keselamatan...
 
Aku pon ada pikir gak...jeriji ni semua waktu ada kebakaran bahaya gak!!!
 
owh,,,ni dapat tengok live semalam kat kedai motor sentul,,,
tapi kenapa bomba yang memula datang tu,tak stanby siap2 pasang getah kat pili die, ape ke,,,ni die bia mamat mekanik tu sembor air gune getah kat umah tu,,bile dah berasap bebetol..baru la bomba ni tergedik2 lari p kat lori amik getah sume,,,pelikkk ako negok..,,hehehehe
 
owh,,,ni dapat tengok live semalam kat kedai motor sentul,,,
tapi kenapa bomba yang memula datang tu,tak stanby siap2 pasang getah kat pili die, ape ke,,,ni die bia mamat mekanik tu sembor air gune getah kat umah tu,,bile dah berasap bebetol..baru la bomba ni tergedik2 lari p kat lori amik getah sume,,,pelikkk ako negok..,,hehehehe

Bomba tu maybe confuse kot....:))
 
Back
Top
Log in Register