BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terpelanting disambar api

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Pelabuhan Klang: Tiga lelaki warga Bangladesh kritikal selepas seluruh tubuh mereka melecur dalam kejadian letupan di sebuah kilang tayar di Jalan Pusara, Telok Gong, di sini, awal pagi semalam.


Difahamkan, mangsa yang melakukan proses pembakaran tayar untuk mengasingkan getah tayar dengan besi, terpelanting selepas api tiba-tiba keluar dari ketuhar pembakar tayar ketika membukanya.

Semua mangsa yang berusia 30-an itu menjerit meminta tolong daripada rakan sekerja lain kerana tidak tahan kesakitan kerana kulit badan mereka melecur akibat terkena api selain getah tayar yang cair melekat pada badan.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 5.43 pagi sebelum sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke tempat kejadian.

xfrontpage.jpg,qhm12.pagespeed.ic.98_9W9KDlw.webp

DUA daripada tiga mangsa yang kritikal diberi rawatan awal kecemasan sebelum dihantar ke HTAR, semalam.


“Sebaik tiba, pegawai operasi mendapati tiada kebakaran berlaku, namun selepas melakukan pemeriksaan di sekitar kilang, beliau mendapati terdapat tiga mangsa sedang terbaring sambil menahan kesakitan berhampiran ketuhar pembakar.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Terpelantingdisambarapi//Article
 
Back
Top
Log in Register