BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terpedaya helah ejen jualan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Gambar sekadar hiasan.
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - Gara-gara terpedaya dengan helah ejen jualan langsung sebuah syarikat elektrik yang menawarkan bayaran ansuran serendah RM50 sebulan, sepasang suami isteri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM2,000 dalam sekelip mata.

Nur Akma, 27, kakitangan awam (bukan nama sebenar) berkata, kejadian itu berlaku beberapa bulan lalu sewaktu bersama suami pergi ke sebuah kompleks membeli-belah untuk membeli barangan keperluan rumah.

Menurutnya, sewaktu melangkah masuk ke dalam kompleks berkenaan secara tiba-tiba mereka disekat beberapa ejen jualan langsung yang meminta supaya singgah sebentar melihat barangan yang dijual.

“Dalam hati saya ketika itu memang tidak terlintas langsung untuk membeli barangan yang dijual kerana hanya membawa cukup wang membeli barangan rumah.

“Namun sewaktu duduk dan mendengar penerangan mereka, salah seorang penjual itu memberi beberapa pilihan barangan elektrik dengan tawaran bayaran ansuran serendah RM50 sebulan walaupun harga sebenar barang sekitar RM2,000,” katanya.

Disebabkan tertarik dengan tawaran berkenaan, beliau mula meneliti barangan yang disenaraikan dan membuat keputusan untuk membeli salah satu daripadanya.

“Mulanya saya bagi alasan tidak bawa duit tunai tetapi mereka pandai pujuk dengan mencari cara lain untuk memastikan saya membelinya. Mereka minta kad kredit atau debit, tanpa sedar seperti terpukau saya segera ambil dari beg kemudian segera serahkan kepada mereka.

“Sewaktu meletakkan kad itu pada mesin elektronik perbankan mudah alih mereka menyatakan hanya memotong bayaran RM50 sebagai bayaran muka dan barangan berkenaan boleh terus dibawa pulang ke rumah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau terkejut apabila menerima bil transaksi dari bank berjumlah RM2,000 iaitu harga keseluruhan barangan bukan RM50 ansuran bulanan seperti dijanjikan.

“Saya rasa amat tertipu dan segera melaporkan perkara itu kepada Persatuan Pengguna Kedah (Cake) bagi menuntut semula wang berkenaan serta mahu orang lain mengambil iktibar kisah yang terjadi kepada kami.

“Syukurlah hasil campur tangan Cake termasuk mengeluarkan notis kepada syarikat terbabit kami mendapat semula wang itu walaupun terpaksa dikenakan sedikit caj serta memulangkan semula barangan yang dibeli,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/terpedaya-helah-ejen-jualan-1.303989
 
Tak ada maknanya mcm terpukau,diorang ejen2 ni memang training kaw-kaw untuk pengaruh prospek...den abes sekolah dulu keje jual set linguaphone,memang di ajar untuk pastikan close dgn pelbagai cara...
Pokoknya,jgn melayan jer agen2 jualan lngsung ni.
 
Back
Top
Log in Register