BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terpaksa minta bomba hantar air

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Pondok Tahfiz Padang Bongor perlukan sumbangan untuk pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan bangunan utama setinggi empat tingkat.​

TANAH MERAH - Pelajar Pondok Tahfiz Padang Bongor di Kampung Belimbing, dekat sini, terpaksa bergantung kepada bantuan bomba bagi menampung keperluan bekalan air untuk kegunaan harian.

Kini keperluan pelajar itu kepada sumber air baharu semakin mendesak apabila kolah dan telaga sedia ada rosak apabila pondok berkenaan dilanda banjir besar, akhir tahun lalu.

Pengerusinya, Muhammad Rusydi Abd Malek berkata, telaga sedia ada juga tidak dapat menampung keperluan air bagi 50 pelajar pondok itu terutama untuk mandi kerana airnya cetek.

"Masa telaga asal ini digali dahulu timbul sikit masalah, jadi kita hanya dapat gali sedalam 12 meter sedangkan kita boleh dan perlu gali lebih dalam lagi.

"Bagi menampung keperluan air pelajar bila telaga kering, kita minta bantuan bomba yang datang tiga empat hari sekali isi air dalam kolah," katanya.

Tambah beliau, susulan pembelian tanah berhampiran pondok itu, pihaknya merancang untuk menggali telaga dan membina kolah baharu bagi mengatasi masalah tersebut.
"Kos gali telaga sedalam 21 meter dan bina kolah baru ini kita anggarkan sekitar RM12,000. Bagi mengumpul dana, kita lancarkan program wakaf untuk orang ramai menderma.

"Kita bercadang mulakan dua projek ini pada April ini dan amat mengharapkan sumbangan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Jika ada lebihan derma, kita akan guna untuk beli bahan binaan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Muhammad Rusydi, selain dua kemudahan tersebut, pondok itu juga masih memerlukan sumbangan bagi menyiapkan sepenuhnya pembangunan infrastruktur terutama bangunan utama setinggi empat tingkat.

"Kita masih perlukan kira-kira RM2.5 juta bagi pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan kuarters guru dan perpustakaan di atas tanah yang baru dibeli ini," katanya.
 
Back
Top
Log in Register