Print_Screen
Super Active Member
- Messages
- 5,921
- Joined
- Nov 13, 2010
- Messages
- 5,921
- Reaction score
- 231
- Points
- 73
Terpaksa campak bayi
Oleh Johary Indan
[email protected]
TAMPARULI: Tindakan nekad seorang ibu mencampakkan bayinya berusia dua bulan ke luar pagar, menyelamatkan nyawa insan kecil itu daripada rentung dalam kebakaran sederet rumah pekerja ladang ternakan ayam, di Kampung Bundung, di sini, kelmarin.
Malah, wanita terbabit yang mahu dikenali sebagai Monica, 30, terpaksa memanjat pagar setinggi dua meter bagi menyelamatkan diri sebelum rumah didiami menyembah bumi dalam kejadian, kira-kira jam 4.30 petang. Menurutnya, ketika kejadian, dia berada dalam rumah bersama dua anaknya Fransiko Yohanes, dua bulan dan Haryanto, 7, dan sedang menyuapkan makanan kepada anaknya, Fransiko Yohanes, sebelum terkejut dengan jeritan beberapa pekerja ladang di luar rumah.
“Suara nyaring itu meminta saya menyelamatkan diri menyebabkan saya panik dan terus membuka pintu. Sebaik pintu dibuka, saya terkejut apabila melihat asap tebal dan api marak serta membakar deretan rumah yang mengandungi 10 bilik yang didiami lebih setahun lalu itu.
“Tanpa membuang masa, saya mengarahkan Haryanto menyelamatkan diri dan bertindak membalut anak kecil dengan kain tebal sebelum mencampakkannya ke luar pagar dan bernasib baik berjaya diselamatkan pekerja lain yang menanti di luar,” katanya ketika ditemui Harian Metro. Difahamkan, rumah terbabit didiami 15 individu daripada tujuh keluarga pekerja ladang ternakan ayam itu, sebahagian besar warga Indonesia, tinggal sehelai sepinggang apabila mereka gagal menyelamatkan harta benda.
Malah, dalam kejadian itu juga, dua kenderaan dipercayai milik penyelia ladang itu turut musnah apabila gagal dialihkan pemiliknya.
Monica berkata, selepas mencampakkan bayinya, dia terpaksa memanjat pagar setinggi dua meter bagi menyelamatkan diri sebelum mengambil semula anaknya itu.
“Saya bersyukur kerana kedua-dua anak saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Suami Monica, Yohanes Musa, 27, berkata ketika kejadian, dia dan beberapa pekerja lain bekerja di ladang ternakan ayam itu.
“Saya cuba berlari mendapatkan isteri dan anak, sebaik mengetahui rumah pekerja itu terbakar, namun gagal apabila mendapati sebahagian besar rumah ranap.
“Pada mulanya, saya menyangka isteri dan anak terperangkap dalam kebakaran, namun bersyukur mendapati mereka selamat,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Tuaran berkata, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Lawernce Joili Insui, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.48 petang.
Katanya, bomba menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran, disebabkan ketiadaan pili bomba serta sumber air.
“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terpaksacampakbayi/Article/index_html