Bro Saat,
Legum secara umum adalah merujuk kepada tumbuhan dari keluarga leguminase dan buah daripada tumbuhan tersebut. Dalam bahasa harian, ini adalah tumbuhan jenis kekacang seperti kacang soya, kacang hijau, kacang merah, kacang tanah, alfalfa.
Tumbuhan ini terkenal kerana keupayaan mengikat nitrogen daripada atmosfera melalui akarnya. Akar tumbuhan legum memiliki bongolan-bongolan kecil yang mengandungi bakteria rhizobia.
Bakteria inilah yang sebenarnya menjalankan tugas untuk mengikat nitrogen. Oleh demikian, dedaun dan biji tumbuhan legum mengandungi nitrogen yang tinggi berbanding tumbuhan lain.
Majoriti buah legum membesar di atas tanah, kacang tanah adalah contoh legum yang unik, dimana tangkai bunga yang telah bersenyawa akan memanjang dan masuk ke dalam tanah, dimana buah kacang tanah akan membesar.
Ciri persamaan tumbuhan legum ialah, semua buah(biji) membesar di dalam sarung kulit yang bertaut antara satu sama lain dan akan terbuka di bahagian cantuman apabila matang.