BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

Kulit telur... :)

Assalamualaikum...

Nak tanya otai2 kat sini...Kalo kita nak campur kulit telur kisar dlm medium 10kg, brp berat yg paling sesuai..?? Kalo medium sy h/kayu:sabut kelapa:t/kambing = 5:2:3, dan kulit telur 500g, ada apa2 masalah ke..??? :confused:

Tq.. :)
 
salam,

mengikut pengalaman, makanan/media cacing sebaik-baiknya tidak lari dari nisbah carbon dan nitrogen 20:1. kayu,tumbuhan2 dan kulit telur semuanya termasuk dalam kumpulan karbon, C dan najis haiwan dan segala yang berasaskan Nitrogen ( membusuk)hanya dicampurkan senyak 1 bahagian N.

ketebalan media kalau boleh jangan terlalu tebal kerana byk sebab yg memberikan kesan negatif kepada cacing.

CAcing2 vermicompost bersifat epigik iaitu cacing yg mencari makan sekitar permukaan tanah. Cacing ini memakan sisa organik reput.

jadi, kalau kita ikut tabiat pemakanan cacing, makanan harus ti letakan setebal tidak melebihi 2inci je, dan perlu sentiasa basah.
 
kepada sesiapa yg arif,sapa2 tahu tentang cara penggunaan baja kompos ni...secara ringkas?jika 1 pokok cabai,nak letak baja banyak mana?
Trimas....
 
... :)

kepada sesiapa yg arif,sapa2 tahu tentang cara penggunaan baja kompos ni...secara ringkas?jika 1 pokok cabai,nak letak baja banyak mana?
Trimas....

Yeee...Dan sukatan2 yg sepatutnya utk jenis2 pokok tertentu..Mintak tlg la bg panduan ye..

Tq.. :)
 
... :)

salam,

mengikut pengalaman, makanan/media cacing sebaik-baiknya tidak lari dari nisbah carbon dan nitrogen 20:1. kayu,tumbuhan2 dan kulit telur semuanya termasuk dalam kumpulan karbon, C dan najis haiwan dan segala yang berasaskan Nitrogen ( membusuk)hanya dicampurkan senyak 1 bahagian N.

ketebalan media kalau boleh jangan terlalu tebal kerana byk sebab yg memberikan kesan negatif kepada cacing.

CAcing2 vermicompost bersifat epigik iaitu cacing yg mencari makan sekitar permukaan tanah. Cacing ini memakan sisa organik reput.

jadi, kalau kita ikut tabiat pemakanan cacing, makanan harus ti letakan setebal tidak melebihi 2inci je, dan perlu sentiasa basah.

Eeemmm..Maksudnya, ok je la 500g tu ye bro..?? :)
 
cacing mati biasanya kena tolak ke atas. memang boleh mati kat dalam kalau media panas, halus, cacing tak boleh nak gerak. mati kat dalam. bagus le kalau tak ada cacing kat top layer. biasanya dlm waktu pagi, tak ada cacing sepatutnya kat atas media.

noted n thanks... nanti saya observe tgk canmer..
 
Assalamualaikum...

Nak tanya otai2 kat sini...Kalo kita nak campur kulit telur kisar dlm medium 10kg, brp berat yg paling sesuai..?? Kalo medium sy h/kayu:sabut kelapa:t/kambing = 5:2:3, dan kulit telur 500g, ada apa2 masalah ke..??? :confused:

Tq.. :)

Wah dah byk dpt kulit telur!:)
500gm tu ok ler...
Sebenarnya lebih pun tak kisah.

90.9% kulit telur adalah calcium carbonat, bahan yang sama seperti kapur pertanian.

Selain membekalkan calcium kepada cacing, ia turut bertindak meneutralkan asid dalam medium. So mmg bagus diguna terutamanya bg kes medium berasid sbb pereputan.

Kalau dah test medium tu berasid, bolehlah tambah kulit telur, gaul dan siram.

Tips untuk mereka yang suka bercucuk tanam, wormcasting plus kulit telur, baja terbaik untuk tanaman berbuah seperti tomato.

Selamat mencuba..:)
 
Wah dah byk dpt kulit telur!:)
Tips untuk mereka yang suka bercucuk tanam, wormcasting plus kulit telur, baja terbaik untuk tanaman berbuah seperti tomato.

Selamat mencuba..:)

tq bro utk tips tu..saya pon sebelum ni ada gak guna kulit telur..

ada tips2 terutamanya bagi pgunaan baja wormcasting utk tanaman sudi-sudikanlah share dgn rakan2 sini
 
Nak tahu ada sapa2 yg pernah guna serai utk bunuh hama?

Bukan hanya letakkan serai yg telah ditumbuk dan di letak atas medium. Tapi dikisarkan dan dicampur dgn air dan disembur pd permukaan medium. Nak tahu campuran air dan serai yg dikisar.

Klu ada yg dah mencuba kaedah ini adakah membahayakan cacing juga?
 
Back
Top
Log in Register