BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

lapisan makanan terlalu tebal boleh menapai dan menghasilkan asid la rasanya tu.brapa saiz kotak monimona tu? kena tahu jugak perkiraan saiz kawasan dan kadar berat cacing. 1 kaki persegi keadaan cacing optimum hanya untuk 200-500g ja.Bilangan cacing/kg yg padatan/tinggi akan menghasilkan ammonia hasil dari perkumuhan cacing.

dan lapisan makanan tidak boleh menebal supaya tidak berlaku penapaian/fermentasi.jika berlaku keadaan terlebih berasid atau terlebih alkali, segera neutralkan bedding cacing supaya cacing tak keracunan.

Kawasan kotak 2 kaki persegi. Cacing 1 kg setiap kotak. itu pun ada yg dah keluar sbb lupa pasang lampu masa 3 hari pertama. Utk makanan yg 15kg setiap kotak ketebalan dlm 6 inci.

Suhu medium di antara 32-34 darjah celsius.

Buat masa ni saya pasang lampu setiap mlm. Dulu klu kais permukaan dlm setengah cm dlm mesti jumpa cacing. Skrg ni klu korek dlm 1 inci baru jumpa. Itu pun 2- 3 kali korek baru jumpa.

Agak2 cacing dah berkurangan atau masuk lebih jauh ke dlm medium sbb makanan di permukaan dah habis atau sbb banyak yg dah mati?

Keadaan medium skrg lebih hitam dr dulu.

Tumpang tanya di mana kita biasa boleh beli alat mengukur PH dan kelembapan tanah?
 
Yup, saya ada 5 kg cacing. 2 kotak tiap2 hari mati dlm 5 ekor. makanan saya letak 15kg utk sebulan. lagi 3 kotak cacing ok saja. lagi 3 kotak ni saya letak makana diletakkan secara berikut: 2 kotak makanan 15kg utk setiap 1 kotak utk 30 hari dan lagi 1 makanan 30kg utk 30 hari,

Semua kotak ni saya ada letak EM dan tidak ada yg mengeluarkan bau masam.

Agak2 apa masalah lagi 2 kotak cacing tu?

Monimona, walaupun soalan ditujukan pada Yup.
Saya ada beberapa persoalan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai situasi you.

1. Adakah semua campuran medium sama? maksud saya dari batch yang sama?
2. Adakah nisbah campuran medium?
3. Sudah berapa lamakah cacing dimasukkan ke dalam kotak?
4. Bagaimanakah keadaan cacing semasa mati?
 
maaf...nak bertanya kepada yg arif.adakah perlu/wajib memasang lampu di kawasan ternakan cacing?tq
 
1. Medium dr batch yg sama
2. Nisbah medium 50% habuk kayu, 20% sabut dan 30% tinja kambing
3. Cacing baru masuk dlm dah 12 hari.
4. Cacing mati dlm bentuk asal. Tiada kesan ganjil pd cacing.
 
nak tanya pada orang2 lama....camne nak kenal usia cacing2 ni???
 
1. Medium dr batch yg sama
2. Nisbah medium 50% habuk kayu, 20% sabut dan 30% tinja kambing
3. Cacing baru masuk dlm dah 12 hari.
4. Cacing mati dlm bentuk asal. Tiada kesan ganjil pd cacing.

Campuran medium standard, sbb dari batch yg sama, sepatutnya pH sama
Cacing sepatutnya dah stabil dlm masa 3 hari.
Saya baca post you td, suhu medium agak tinggi, tu menunjukkan pereputan sedang berlaku.

Keluarkan semua medium, gantikan dgn medium dari bekas yg tiada masalah.

Untuk medium yang dikeluarkan td, tuang dlm bekas kosong, siram air, biarkan seminggu dua atau guna setelah suhu stabil.

Saranan saya ialah setelah campuran medium baru dibuat, siram dgn EM sehingga betul-betul basah, guna setelah tiada peningkatan suhu berlaku pada medium.
 
ok terima kasih. InsyaAllah saya cuba.
 
maaf...nak bertanya kepada yg arif.adakah perlu/wajib memasang lampu di kawasan ternakan cacing?tq

Untuk beberapa hari pertama ya.... Tujuan adalah untuk "paksa" cacing masuk medium baru.
Untuk hari seterusnya bergantung kepada keadaan.
Keadaan medium semasa diguna juga penting.
Kalau keadaan medium sesuai, hari pertama pun tak perlu buka lampu.
 
Back
Top
Log in Register