BTC USD 83,256.2 Gold USD 4,155.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada beberapa spesis seperti berikut:-

. Lumbricus rubellus (Cacing merah)
. Eisenia fetida (Cacing harimau)
. Perionyx excavatus (Cacing biru
 
Bahan Makanan

Sisa-sisa organik dari ladang-ladang pertanian, halaman rumah dan sisa-sisa dapur boleh dijadikan makanan cacing.

Sisa Ladang
Kebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaran vermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah seperti jerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumput kering dan baja kandang yang separuh reput atau telah diperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurang sesuai digunakan.
 
Sisa dapur
Sisa dapur adalah sesuai untuk bekas cacing dan boleh dijalankan di rumah oleh suri rumah. Jika menggunakan sisa-sisa dapur untuk penghasilan vermikompos, adalah perlu menggunakan binca-binca seperti di atas sebagai bahan asas bagi menyesuaikan keadaan persekitaran cacing.

Sisa-sisa dapur perlulah ditanam di dalam binca tersebut mengikut keperluan makanan untuk cacing.
Sifat cacing adalah memakan makanan mengikut berat badannya. Jadi, sisa dapur yang ditanam di dalam binca perlulah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada.

Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk cacing adalah seperti dalam Jadual 1.

Sebelum menggunakan salah satu bahan yang disyorkan di atas, kita perlulah mengetahui cara penyediaannya kerana ada di antara bahan di atas mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Ini adalah penting supaya cacing tidak akan mati atau lari dari tempat yang disediakan.
 
Sisa-Sisa Dapur
- Reja-reja sayur
- Kulit buah-
buahan
- Surat khabar
- Kulit telur

Sisa Halaman
- Rumpai
- Keratan rumput
halaman
- Daun-daun

Sisa Ladang
- Jerami padi
- Batang jagung

Baja Kandang
- Tahi lembu
- Tahi kuda
- Tahi kambing dan
tahi haiwan yang
makan rumput
 
Sisa Ladang
Kebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaran vermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah seperti jerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumput kering dan baja kandang yang separuh reput atau telah diperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurang sesuai digunakan
 
best...saya dah tersalah dah..sisa dapur yg ada protein tggi x boleh masuk mcm perut ikan dll yg berbau busuk sbb akan terjadi proses anerobik yg menyebabkan haba jadi tggi dan habiskan gas nitrogen dan CO2 ...kesannya suhu jadi panas dan pH jadi tggi dan paling teruk bau busuk mcm bangkai plak..isk isk isk..

pastu plak elakan sisa makanan yg berminyak dan berempah.

jaga kulit buah limau..tak boleh masuk.

mmg betul la ada 3 jenis bahan yg kita boleh buat medium/makanan cacing sisa ternakan, sisa halaman & tumbuhan dan sisa2 dapur.

tapi kena jadikan semi compost atau separa reput.
 
Last edited:
Kami adalah subsidiaries of AZR Agro Centre, insyaallah AZR akan membuat kursus pada bulan 3 ni. Jika berminat sila hubungi IZAT 019-3537005 / atau Wati 0193357005

kalau ada sesiapa yang berminat boleh lah call no ni ye.. nak tengok sendiri rumah cacing or nak belajar cara nak jaga nya pun boleh.

P:S
lokasi ternakan :
Kg Sijangkang > Telok Panglima Garang > Kuala Langat > Selangor
tekan [sini] untuk tengok map lokasi bertanda B
 
Back
Top
Log in Register