BTC USD 81,669.1 Gold USD 4,101.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

Salam.....InsyaAllah....saya akan update dari masa kesemasa. Bro Zavk....nak minta quotationlah tuk 10kg. Awat tak leh PM erk. Kena post 20 dulu ke baru leh PM.
 
Last edited:
geng nak tanye ader tak kertas kerja pasal cacing kompas nie...ingat nak try apply loan la...wat cacing nie secara komersial:D
 
Salam.....InsyaAllah....saya akan update dari masa kesemasa. Bro Zavk....nak minta quotationlah tuk 10kg. Awat tak leh PM erk. Kena post 20 dulu ke baru leh PM.

dah cukup 20 nanti leh la pm...
 
Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan dinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam bahan organan yang separuh reput.

Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacing kompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Suka memakan lapisan atas
Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos di mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip hasil.
 
Selera makan yang tajam
Cacing kompos makan mengikut berat badannya. Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi, jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa. Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk digunakan.
 
Membiak dengan cepat
Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan cepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3 ekor anak cacing.
 
Back
Top
Log in Register